Winter Maple~ Welcome
"Alhamdulillah.." aku menarik nafas lega seketika melihat kepada jadual bulanan yang disusun, apa yang dicapai dan dirancang.
Bukannya seorang yang sangat sibuk berkejar ke sana ke mari seperti beberapa tokoh yang aku segani. Tapi dalam mengejar "ke hulu ke hilir" dalam memenuhi keperluan sunnatullah. Hidup lab ini mesti diteruskan.
Semester kedua di UF. Banyak yang dipelajari dari semester pertama. Pesan Prof Abu Hassan semasa di Sains kajihayat USM dulu,
" If you gonna study like student in USM study, you gonna fail! I witness many good people cannot proceed/ fail because they study last minutes!"
Benar kata beliau. Tapi dalam semester pertama juga mengambil masa untuk selesa. Diketahui, orang disini workaholic, sentiasa ceria (positive attitute), datang awal , dan pulang lambat dari hari seharian mereka. Hari minggu pun datang bekerja. Malu rasanya..
Jika 20 januari merupakan tarikh America dan dunia menarik nafas lega kerana Obama, maka tarikh sebelum itu 15 januari merupakan tarikh menarik nafas lega bagi aku untuk kali pertama tahun ini. Dalam beberapa ucapannya, Obama ada menyebut, lebih kurang~
"..with muslim world, we seek for mutual respect & mutual interest ...and see that we judge you by what you build neither what you destroy.."
"...and we seek hope than fear"
Lihat media di Malaysia menafsirkan "hope" dan "fear" yang dikatakan obama adalah politic of hope dan politic of fear. Rasa macam kelakar pun ada. Tapi ada kebenarannya. Obama mengubah beberapa perkara dalam masa terdekat. Laman web sukarelawan diwujudkan dalam membentuk USA yang lebih maju. Rekruit2 obama.Ken Guantanamo diarahkan tutup dalam masa setahun ni. Dia mempunyai pasukan yang baik. Err.. ada banyak benda kalau nak cerita pasal Obama ni. Cuma harapkan krediabiliti dan wawasan yang ingin dibawa oleh dia di permudahkan. Bukan sahaja bermanfaat kepada rakyat USA, tetapi juga kepada Muslim juga khususnya.
......
Rasa sudah terurus sedikit rasanya. Tak perlu mengusung ke hulu hilir beg, dan kalut mencari soket untuk laptop yang ibarat Maple yang berada dalam musim kemarau. Aku sudah berjumpa teman baru.
Mungkin teman baru ini tidaklah sehebat teman yang sudah lama menemani aku sejak beberapa tahun yang lalu, tapi sudah cukup mem
buatkan jiwaku tenang. Tidak lagi lagha @ serabut memikirkan banyak perkara. Kini aku sudah fokus.
Kadang-kadang perkara yang dulu tidak rasa perlu tetiba menjadi keperluan.
Selamat datang "winter maple", teman baru! Doakan aku lebih produktif!
Hint: Maple; nama saintifik adalah Acer spp.
Snapshot adalah dari Aspire one netboook. :P
Comments
1.6GHz intel atom, 160GB hardrive, 1 GB RAM, XP Home Edition, 6-cell battery (can stay about 6 hours), ideal for people who travel a lot. ( chee, mcm iklan plak.:P)
harga dia dalam usd 369 (~RM1255) masa beli. akan datang akan keluar model 10. inches sekali dengan 3G. Huhu tapi harga dia mungkin dalam USD 500 (~1700).
rating utk laptop ni, 4.9 dari 5.:D