CiNtA sEoRaNg LeLaKi

Salam sejahtera untuk semua insan yang bergelar Adam dan Hawa.

Sebenarnya teringin sungguh saya berkongsi sedikit coretan yang tidak seberapa dengan anda semua.. dan kebetulan sama tangan ini menari rancak di atas papan kekunci, dah ditakdirkan mungkin.. baiklah..

Rasa untuk memiliki dan di miliki adalah fitrah yang ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Perasaan cinta itu suci, tapi jika dibiarkan berlayar tanpa panduan wahyu Ilahi dan sunnah Nabi, takut-takut ada penumpang nafsu berpakej iblis tanpa diundang berlayar bersama. Saya belum berkahwin lagi, tapi dalam ke arah itu. Membuat pilihan bukan mudah, dan menetapkan hati selepas itu memerlukan pemahaman kenapa “janji” itu dilakukan, kerana siapa, bagaimana cara, dan bilakah masa? Mungkin ini bukan nukilan yang terbaik. Tapi berapa ramai lelaki yang kecundang dalam hanyutan perasaan. Saya tidak imun, ada juga perasaan. Tapi ingat apa Nabi kata, DIAM itu lebih baik dari berkata-kata sesuatu yang tidak berfaedah.

Merujuk kepada penulisan Dr Fadhilah Kamsah tentang cinta. Cinta boleh dibahagikan kepada 3 tahap. Tahap pertama, cinta di bangku persekolahan. Cinta jenis ini tak jauh lazimnya. Asbab kepada cinta ini adalah RUPA & POPULARITI. Cinta tahap kedua adalah cinta peringkat 18-23 tahun (selepas persekolahan, sebelum alam kerja). Lazimnya di IPT dan kolej-kolej,rasa untuk memiliki dan dimiliki itu hadir. Berjauhan dengan keluarga, kekosongan itu didamping oleh kebosanan dan kehendak yang menipu. Maka, ramailah perempuan yang menjadi pemakan tebu yang ditanam di bibir lelaki. Peratusan cinta tahap ini ke arah perkahwinan adalah berpotensi, tapi mestilah dipandu dengan agama. Macamana tu? Pesan nabi, kalau kamu nak berkahwin tapi tak mampu, hendaklah kamu berpuasa. Ada juga kawan-kawan yang nakal, “Em, saya paham, tapi sekarang ni saya nak berpuasa pun tak mampu”. Itu tanda agama jauh dari diri. Muhasabah kembali muslimin. Rakan-rakan penting. Imam As Syafie ada berkata bahawa beliau berkawan dengan orang alim ulama supaya dia cenderung kepada mereka. KAWAN yang membina, bukan membinasa.

Teringat pasa satu ceramah seorang ustaz ada memberitahu, “ Cinta lelaki yang tidak bersedia, hanya mencuri perasaan taqarrub pada Allah”. Walaupun niatnya baik, tapi kita kena ingat, berdiam diri itu adalah lebih baik dari mengganggu emosi wanita. Jangan jiwang sangat. Jiwang sorang-sorang sudahlah. :D

Baiklah.

Cinta tahap ketiga lebih menjurus kepada keinginan untuk mempunyai “teman karib seumur hidup” @ pasangan hidup. Cinta ini lebih serius dan memerlukan pilihan dan pandangan yang tenang dari sang jejaka. Islam pilihan utama kamu. “Kecantikan”itu akan saya kupas sedikit masa lagi, kerana faktor ini menjadi isu kepada pilihan memilih pasangan. Dari mata turun ke hati. Jadi, berhati-hati, kecantikan tanpa disertakan dengan faktor lain hanya mengundang tumpulnya mata hati dalam memilih, dan akan menjadi pencarian yang tak sudah.

Ada beberapa persoalan sahabat saya tanya kenapa lelaki ni suka melihat kepada perempuan? Kita mungkin banyak mendengar rintihan-rintihan seperti ni dari kaum Hawa. Mereka merasa rimas, dan ada yang mengambil tindakan yang mungkin merugikan mereka. Baiklah.

Sememangnya lelaki itu adalah PEMBURU, tapi kadang-kadang tersasar arah pada kali pertama pandangan. Pemburu tanpa ilmu dan pengalaman? ibarat 4 rakan buta yang menilai gajah dengan menyentuhnya. Tanyalah kamu kepada orang yang tahu.

Sekadar pandangan seorang lelaki. Nabi sendiri pernah mengakui bahawa wanita itu adalah tempat jatuhnya pandangan lelaki, dan sememangnya fitrahnya begitu. Ada riwayat yang menyatakan ( tak pasti kesahihannya) bahawa wanita itu mendapat 9 bahagian kecantikan dan lelaki 1 bahagian. Kerana kecantikan yang ada pada diri wanita tersebut perlulah dijaga dan di perlihatkan kepada yang hak sahaja ( suami ) dan muhrimnya, maka Islam mensyariatkan wanita itu melabuhkan pakaiannya , dalam masa yag sama menunjukkan bahawa wanita itu adalah orang yang baik-baik.. ( secara zahir kita boleh nilai dari cara pemakaian.

Jika ada yang mempertikaikan bab2," Ala, kalau tak pakaian tak begitu menutup aurat pun tak semestinya tak baik", saya nak ingatkan bahawa bab2 hati dan perkara seperti ikhlas hanya Allah sahaja yang tahu rahsianya, kita sebagai manusia hanya mampu mentafsir dari segi perilaku dan amalan orang tersebut.

Masalah , " tak menutup aurat tak semstinya tak baik, dan kekadang yang menutup aurat tu lagi teruk dsb" perlu difahami dari beberapa faktor. Tidak dinafikan bahawa tak menutup aurat tu tak semestinya x baik. Saya bersetuju bahawa mereka adalah orang baik, dan kadang2 terlau baik.. tapi perlu diingat orang yang BAIK dan BERAKHLAK BAIK adalah 2 perkara yang amat berbeza.

Orang yang berakhlak baik merupakan buah yang dituai selepas benih aqidah yang benar disuburkan, dan pohon ibadah dijaga dengan sebaik2nya, dan seterusnya mengeluarkan buah2 akhlak yang baik yang bukan sahaja memberi manfaat terhadap dirinya, malah terhadap orang lain. Ringkas kata, aqidah yang mantop, diikuti ibadah yang benar akan menzahirkan akhlak yang terpuji. kan? sedangkan baik itu sendiri adalah aspek dari segi MORAL semata2, dan tiada penglibatan aqidah dan ibadah yang ditekankan. Tengok sndiri orang yang bukan Islam, adakah mereka ni semua jahat? tak.. ramai jugak yang baik.. cuma bukan diistilahkan sebagai berakhlak baik.. jelas?

NAk jugak la kongsi pengalaman dan pengamatan sebagai seorang lelaki ( dah 20 tahun lebih jadi lelaki, hohoho)..suara yang tercetus dari seorang lelaki apabila memandang tempat jatuh pandangan yang sama tapi berlainan kromosom. Wanita adalah perhiasan, dan sebaik2 perhiasan adalah wanita yang solehah, kata nabi. "perhiasan" dari perkataan arab yang berbunyi "mata' " bukanlah tafsiran secara lansung kepada perhiasan sebenarnya, kerana perkataan mata' itu membawa maksud kepada sesuatu yang menjadi idaman @ kehendak manusia. Sebagai contoh , apabila seseorang yang suka kepada kereta, dalam sesuatu keadaan , mengantuk misalnya, tetiba akan menjadi segar dan fokusnya ditumpukan dika terlihat kepada kereta yang diminatinya@ kecur air liur... perkara yang amat digemari la lebih kurang. Jadi dalam memahami hadish ini wanita janganlah membayangkan bahawa dirinya itu adalah perhiasan sebagai barang tontonan @ pameran yang boleh ditonton oleh orang ramai, kerana tafsiran terhadap perkataan (mata') yang bukan sebenarnya menjurus kepada 'perhiasan' sebenarnya ( kerana perhiasan mempunyai maksud lain dalam bahasa arab), perlulah di hayati sehingga ke akhir ayat, bahawa .."sebaik2 perhiasan adalah wanita yang solehah".

Ok, suara hati seorang lelaki apabila melihat wanita dalam situasi yang berbeza..

a) Apabila melihat wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

mata lelaki ini nakal, saya ringkaskan bahawa segala susuk tubuh yang termungkin terbentuk (memang dah terbentuk pun :P) dari pemakaian yang tidak longgar akan menjurus kepada ransangan nafsu syahwat dari lelak, tak dapat mata, bentuk muka, hidung, leher, bentuk badan, buah dada, punggung, kaki , tangan dan sebagainya akan dilihat oleh mata lelaki. Malah perkataan yang akan tergetus dari hati lelaki tersebut lebih cenderung berkata :

WOW, CANTIKNYA, ERM..AKU MESTI DAPATKAN WANITA TERSEBUT!

dan nafas yang boleh dirasa ketika itu adalah nafas yang panas.. (ada riwayat@ kata2 hukama yang menyatakan , nafas yang sejuk itu dari roh, dan nafas yang panas itu dari nafsu). Jika lelaki menafsirkan rasa panas ini sebagai cinta, saya seru muhasabah kembali bersama-sama.

Janganlah marah wahai muslimat, bukankah wanita itu tempat jatuhnya pandangan, sudah memang fitrahnya lelaki akan memandang wanita. Nabi sendiri pernah terlihat seorang wanita yang menarik perhatiannya, tetapi bukan muhrimnya ( bukan isteri), lalu pulang ke rumah dan melaksanakan hasratnya itu ke atas Zainab, kerana nabi berpesan bahawa apa yang ada pada isteri kamu itu ada pada wanita yang kamu inginkan itu. Janganlah sampai kamu menurut hawa nafsu kamu sehingga mengajak wanita yang kamu ingini itu ke lembah perzinaan.

B) Apabila melihat seorang wanita yag menutup aurat dan menyempurnakan ciri2 pakaian muslimat. (apa dia?,diantaranya melabuhkan pakaiannya sehingga menutup dada, tidak memakai warna yang menarik perhatian, tidak berpakaian seperti lelaki..etc), lelaki ini tetap akan memandang wanita tersebut! Kenapa ni muslimin, asyik2 nak pandang muslimat je. jangan marah, wanita itu kan tempat jatuhnya pandangan... tapi percentange ( peratusan) lelaki yang melihat wanita sebegini adalah tergolong kepada lelaki yang berkehendakan wanita yang baik, untuk dibuat baik kepada wanita tersebut. Apa yang akan tercetus difikiran @ hati muslimin pada ketika ini??

"SUBHANALLAH, BAIKNYA AKHLAK WANITA TERSEBUT, ALANGKAH BERUNTUNG KEPADA JIWA YANG MENJADI ADAM UNTUKNYA.. ALANGKAH BAHAGIA JIKA DAPAT MENJADIKAN DIA SURI, PENYERI RUMAHNTANGGA, IBU KEPADA ANAK2 KU YANG SOLEH INSYAALLAH, SHE LOOK VERY PROMISSING.. YA ALLAH JIKA KAU TAQDIRKAN.. JADIKANLAH DIA SEBAGAI PEMAISURI HATI..UNTUK MENDAPAT REDHAMU.."

Yang pastinya, hati lelaki itu pasti amat senang dengan penampilan wanita tersebut, dan mungkinlah itu adalah secabis dari bait2 kata yang diarahkan oleh iman anugerah Allah. Berbanding dengan lelaki dalam situasi A, sudah pasti saya yakin dan percaya, takan tergetus niat untuk memperlakukan elok kepada wanita tersebut ikut syariat, rahsianya, habis madu sepah dibuang la.. sudah dapat gading bertuah, tanduk tak berguna lagi.. tulah.. kesian saya tengok wanita yang menjadi mangsa(?) macam ni.. tapi apa boleh buat, wanita itukan tempat jatuhnya pandangan, so berhati2lah.

Mulianya wanita/perempuan sampai disebut dalam Al Quran dalam surah An Nisa ( perempuan). Tak ada surah Ar Rijal (lelaki). Jadilah perhiasan yang membantu kami memasuki syurga. Kerana lelaki ini nafsunya tewas pada pandangan, yang lebih ampuh dari senjata.

Panjang lagi kalau nak bincang bab2 berbedanya cinta seorang lelaki yang tercetus dari nafsu dan iman... lain kali la ye.. anda semua lagi maklum agaknya, sesapa pun bleh la tolong poskan dsb.

Akhir sekali, saya nak tanya satu soalan untuk diri saya dan semua.. dalam forum @ perbincangan di nternet , pelbagai hujah2 dan dalil2 aqli dan naqli keluar menghentam habis2an wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna, tetapi adakah orang yang menghentam@ begitu syadid di arena penulisan begitu akhlaknya di realiti sebenar? ( saya tak kata mereka tak baik ye.. ) Tak terasa hipokrit kebegitu? Wanita yang membaca post saya ini mungkin lebih maklum.. adakah kita maksudkan apa yang kita tulis@ sekadar menulis melepaskan masa, menunjukkan betapa berilmunya kita? pengalaman kita? tapi hakikatnya jauh panggang dari api..di blog ini menulis suatu yang kita yakin , wa, hebatnya, sempurnya pegangan dan prinsip yang dipegang, tapi secara realitinya? sedih2.. jangan jadi retorik.. " Amat besar murka Allah terhadap perkara yang kamu cakap tetapi tak buat"( surah A-Soff)

Saya bukan orang yang faqih dalam agama dan mampu menilai orang lain dsb, tetapi kita berbaik sangkalah kepada mereka yang menulis, membaca tulisan di blog bahawa apa yang dizahirkan itulah yang kita nilai, kan? tapi kalau dah jumpa in person orang tu, nilai jugalah dari penampilannya kan? dah sentuh pasal imej dan aurat, kena la tengok luaran kan??? hohoho.

Realitinya, saya sendiri pun tak sempurna, tak bercouple, dan tidak menipu apabila menulis dalam blog ini.. insyallah apa yang saya tulis akan saya tujukan kepada diri saya dahulu, dan sememangnya itulah yang kita semua patut lakukan sepertimana RAsullulah dan para sahabat.. ( ingat tak kes buah delima, bila da wanita tu tanya baginda tentang sakit perut anaknya, Rasulluah hanya berkata esok datang semula sehingga 3 hari, then barulah Baginda menjawab, anak tersebut sakit perut kerana makan buah delima. Apabila ditanya, kenapa perlu 3 hari baru nak kata, baginda menjawab baginda mula berhenti makan buah delima, barulah baginda memberitahu wanita tersebut asbab penyakit tersebut.. alangkah baik akhlaknya!! )

Apa yang baik itu datangnya dari Allah dan dengan izinnya jualah saya dapat menaip, dan anda semua dapat membaca.. Manfaatkanlah apa yang boleh dimanfaatkan, dan jika ada berlakku pengulangan dan banyak kekurangan, saya minta maaf, sayan bukannya insan sebaik Muhammad, mahupun penulis agung seperti Syed Qutb... dan saya bukanlah berilmu yang faqih dalam hal2 agama.. tapi bila mengenangkan pesan nabi.. sampaikanlah walaupun satu ayat. Wallahualam.

p/s: minta maaf sebab tak menyertakan dalil2 dan bahan rujukan yang terkini dari buku2 sperti mebuat footnote dan sebagainya, seperti yang saya katakan, kalau ada kurang, tolonglah perbaiki, dan saya mencuri sedikit masa untuk entry ini.. syukran jazilan.

Comments

Anonymous said…
luahan prasaan ke apa bro! hahaha
Anonymous said…
hmm..kompleks la pulak rupanya perasaan ni. Islam is the way of life! Betul2!
Anonymous said…
ustaz mana yang bagitau supaya jgn kacau emosi wanita tu? Ayat power tu. Bleh tau?
pali said…
Salams,
@ kupiah senget, bleh kata macam tu la jugak, selebihnya Allah saja yang mengetahui.:P

@ beta, tru, Islam is the best way of life. Peace. :)

@ Deen, saya dengar ceramah dari ustaz ismail mustari dalam ceramah pengurusan cinta menurut islam. link dia,
http://rapidshare.com/files/191863399/CERAMAH_PENGURUSAN_CINTA_MENURUT_ISLAM.rar.html
boundaries said…
:)thoyyib..enta buat apa yg enta cakap...mudah2an sentiasa terpelihara...
pali said…
@salam boundaries

niat saya menulis entry diatas adalah sebagai peringatan untuk diri saya dan juga semua yang membaca. Iman itu naik & turun, pos ini seperti tazkirah untuk saya juga.

saya tidak imun..perasaan itu datang dan pergi. Penulisan di atas juga atas dasar muhasabah yang saya tujukan kepada diri saya dahulu.

Tapi insyallah cuba untuk mengaplikasikan apa yang ditulis.

Semoga kita semua "terpelihara".
Peace. :D
Azimah Rupilen said…
minta izin untuk copy entry ini sebagai tazkirah pengunjung blog ana...syukran!
pali said…
@saifulmujahidah,

boleh. no problem. :D
perkara yang baik dikongsi bersama.
Anonymous said…
salam..
pasal pandangan iman n pandangan nafsu..pandangan nafsu tu semua sedia maklum,dh dikatakan wanita itu tempat jatuhnya pandangan.bila pakaian yg dipakai terdedah mmgla akan menarik perhatian tp jgn igt mslimat yg pakai tutup aurat sempurna tu selamat..
dr pengalamn seorg rakan yg bperwatakan seorg mslimah, ada lelaki prnah kata kt dia 'ko igt ko pakai mcm ni aku x tgoda?'..so mslimat yg menutup aurat pn kdg kala jd mangsa pandangan nafsu jg kan..
oleh itu x kira mslimah tu ttp aurat ke x, mmg dia akan jd perhatian mslimin. mslimin sendiri harus menjaga pandangan,takut-takut ada penumpang nafsu berpakej iblis tanpa diundang berlayar bersama.-pinjam kata2 penulis blog jap.
em..memetik penulisan dr fadzilah kamsah yg kata cinta dibahagikn kpd 3 thp, 1 persoalan timbul..kt mana letaknya cinta Allah & rasul?fokus pd cinta tahap ke3, pilihla teman yg boleh membawa kita kepada cinta agung-Allah n Rasul..mudah2an Allah tetapkan cinta kita kpd org yg mencintaiNya, vise versa ;)
pali said…
ibarat penjual air tebu, jika dia tahu orang yang nak minum air yang dijualnya boleh mendatangkan mudarat, seperti ada penyakit kencing manis & diabetes yang kronik, patutkah air itu di beri minum pada orang yang tidak kena pada tempatnya?

Lelaki yang mempunyai tebu di bibir kalaulah mereka tahu mudaratnya kalau memberi 'tebu' pada ketika yang salah...

Ada riwayat yang mengatakan, "bermula wanita itu semuanya aurat" (kitab bahrul mazi)

kerana wajah yang cantik pun kekadang boleh menyebabkan lelaki tak keruan, boleh juga jadi aurat.

seperti pepatah arab yang ada berbunyi, "nafsu lelaki yang beriman seperti api di dalam timbunan batu, jika digeser @ di aruh, maka besarlah ia".

Perbahasan lelaki @ perempuan, yang mana patut buat dulu akan menjadi seperti "chicken or eggs first?". Caranya, kita aplikasi sama-sama. Lelaki dan perempuan ada amanah masing-masing.

p/s: lelaki ni ada keupayaan x-ray perkara yang dipandang. boleh rujuk kepada entry "mata seorang lelaki".
Anonymous said…
x-ray?bahaya ni..
Anonymous said…
bro, cinta seorang "perempuan", anda tahukah? hihi.
pali said…
cek tak tau.. kena tanya muslimat. ngee~
nunwowro said…
semoga kita diganjarkan sahabat lelaki dan perempuan yang menjadi kawan dan lawan membesarkan Allah, bukan utk membesarkan nafsu..."beruntunglah mereka yang mensucikan hatinya..".thanks!
pali said…
Ameen nunwowro. :)

Popular posts from this blog

Soalan Bonus Yang MAHA Berat

Ada udang di sebalik mee

Senyap lebih baik?-updated