Tuesday, September 04, 2018

Bergantung harap


" Kau bergantung haraplah pada Allah, pasti tak kecewa. Kalau mengharap hanya kepada manusia, pasti hampa" bisik kecil hati saya.

Memutar kembali peringatan dari yang lebih berilmu.

Saya akur.


LAIN PADANG LAIN BELALANG

Semasa di bumi Uncle Sam, meskipun pernah pada satu ketika saya tidak mempunyai sokongan- kewangan, insuran, sara hidup; saya masih lagi merasakan sokongan dari orang sekeliling.

Samada di tempat kerja, atau di luar tempat kerja.

Pernah juga salah seorang rakan sekerja salah faham dengan saya ,tetapi beliau masih mengatakan,

" Fadhli, if you need anything or help for your PhD, I will try my best to assist you"

Dia mengaku dia tidak memahami kenapa sukar saya untuk fokus dalam pengajian PhD ini kerana semasa Master degree fokus saya berbeza.

Dia tidak tahu kerana saya tidak beritahu.

Dia tidak faham kerana budaya, bangsa, bahasa dan umurnya sangat berbeza dengan saya.

Masakan sama dengan orang yang mula makan garam dengan orang yang sudah lali dengannya.

Bila tibanya saya di bumi Malaysia bertuah ini, saya bersemangat untuk menabur bakti pada tanah air tercinta.

Selepas dua bulan bertanya dan menunggu saya terus bertemu majikan di tempat kerja.

Bukan ucapan selamat datang saya terima.

Tetapi ayat- ayat yang akhirnya hanya menyalahkan saya- saya salah, kerana saya tunggu, patutnya terus datang. Saya salah- kerana datang berlenggang- Saya salah itu salah ini.

Budaya kita suka menyalahkan orang lain- maklum kenapa kesalahan itu berlaku- puncanya, sebabnya.

Sokongan itu walaupun atas kertasnya ada, tapi amatlah lambat. Sedikit kecewa. Dibandingkan semasa saya di sana. Sokongan itu padu- jika tidak boleh, ditolak dengan baik, mereka meminta maaf dan diterangkan kenapa.

Di sini? Hanya mimpi.

Cuma dari pemerhatian pendek saya, kalau sokongan yang minta, mereka sedikit susah. Tapi kalau credit penghargaan atas kejayaan seseorang, sanggup kencing berlari-lari datang dan cuba untuk mengaitkan sumbangan mereka kepada yang berjaya.





FOKUS.

"Pali, student ni kena jelas apa yang kita boleh sumbangkan sepanjang pengajian. Kalau mereka kena bayar yuran sendiri, itu pun perlu diberitahu" kongsi teman sekerja di sini.

"Kenapa ye" pancing saya.

" Kalau tak jelas, nanti pelajar boleh jadi pelik, hilang, dan berubah perangai dengan tiba-tiba" tambahnya lagi.

Oh! Pentingnya FINANCIAL SUPPORT!

Ya, tanpa kewangan yang cukup, ia pasti mengganggu perjalanan dan fokus- kerana perlukan masa dan tenaga.

Tahun 2014, saya berhutang USD 30K atas kelahiran Adam Harraz.

Insuran tidak mahu bertanggungjawab- dengan pelbagai alasan.

Saya merujuk penaja pertama- disuruh pula merujuk kepada penaja kedua.

Saya merujuk penaja kedua, disuruh pula merujuk kepada penaja pertama dan insuran.

Begitulah SOP dan permainan mereka- disepak bagaikan bola. Sudah pasti terumbang ambing.

"Celaka"- getus hati saya, geram.

Mujurlah selepas 4 bulan, Adam dapat bantuan Medicaid, dan kos kelahiran Adam sudah ditanggung sepenuhnya.

Namun proses ke arah itu tidak mudah.

Masih berhutang beberapa ribu ringgit kerana semasa medical check up sewaktu pregnancy ada yang tidak dicover.

Saya pada awal lagi sudah disuruh berbincang dengan financial advisor, berkenaan kos rawatan, diskaun untuk yang tiada insuran.

Selepas itu juga debt collector menghubungi rumah saya berkali-kali. Mereka sopan, tetapi mengingatkan saya tentang hutang.

Banyak hutang itu tidak baik.

Saya sedar- hal ini berjaya saya selesaikan tanpa pengetahuan penyelia PhD.

Saya masih menjaga MARUAH pelajar Malaysia- meskipun dinafikan sokongan.

Malu kita. Apa kata mereka kalau tahu sokongan tiada- fikir saya ketika itu.

Selesai Alhamdulilah.

Namun ada yang bertanya, kenapa saya tidak fokus sepanjang tempoh tersebut?




MUSIBAH TIDAK MURAH

Noises (musibah ringan atau sederhana) itu perencah hidup seorang siswazah.

What does not kill you, will make you stronger- kata orang.

tapi kalau kita tak kuat, ia mampu juga 'membunuh'.

Kuat itu subjektif. Pengorbanan itu juga subjektif.

Kita masih belum dikira berkorban sekirangnya ia nya masih dalam kemampuan kita.

Raya korban baru lepas kan..

Ketiadaan sokongan financial untuk perlanjutan, akibat ringgit jatuh pada awal tahun 2016 benar-benar memberi kesan kepada mental dan fizikal saya.

Tiada financial support- visa terbatal- tidak dapat bekerja.

Mengemis dengan agensi kerajaan di malaysia- tiada hasil

Akhirnya saya homeless dan penniless selama hampir 13 bulan. Tidur di department, makan makanan food pantry dalam tin.

Mujur dalam office ada microwave.

Saya berkampung selama setahun setengah di office, tanpa sokongan rasmi.

Rakan baik dari Indonesia, malaysia dan beberapa negara lagi hanya Allah sahaja mampu membalas jasa kalian.

Rezeki itu juga datang dari sumber yang tidak rasmi yang tidak disangka-sangka.

Makan saya sekadar untuk hidup. Anak isteri sudah pun kembali ke tanahair selepas tahu tiada sokongan lagi.

Keluarga Malaysia bukan orang berada, mereka hanya mampu memberi sedikit wang saku untuk membeli makanan (tidak cukup untuk sepanjang masa).

Abang saya terpaksa membuat pinjaman bank untuk membayar yuran pengajian satu semester- yang kini masih kami cuba langsaikan.

Bukan murah.

Penyelia saya tidak dapat membantu dari segi kewangan kerana saya tidak mempunyai visa yang aktif, maka tiada wang gaji dapat diberikan. Hanya setelah setahun lebih barulah visa reinstatement saya lulus, Kurang 2 bulan dari tarikh saya pulang ke Malaysia.


LIFE

Semasa temuduga saya ditanya,

" Saya tidak faham kenapa dalam tempoh 5 tahun lebih itu kamu tidak ada penerbitan di sana? "

Dia tidak tahu kerana saya tidak beritahu.

Dia tidak faham kerana budaya, bangsa, bahasa dan umurnya sangat berbeza dengan saya???

Masakan sama dengan orang yang mula makan garam dengan orang yang sudah lali dengannya.

Saya berikir- hanya 3 tahun sahaja kehidupan pasca siswazah saya dapat fokus sepenuhnya, Selebihnya, life happens!

" Kau bergantung haraplah pada Allah, pasti tak kecewa. Kalau mengharap hanya kepada manusia, pasti hampa" bisik kecil hati saya.


p/s: diharapkan perkongsian saya ini bukan disalah tafsir sebagai tidak lagi redha dengan ujian, tetapi perkongsian betapa pentingkan sokongan. yang baik jadikan ibrah (teladan), yang buruk jadikan sempadan.

Wassalam.


Monday, April 03, 2017

Conditional Pass

Bismillah,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menetapkan perjalanan, ujian, dan nikmat untuk hambaNya.

Setiap kesukaran ada kesenangan. Dan Sesungguhnya dalam setiap kesukaran ada kesenangan.

Jumaat lepas saya baru selesai exit seminar selama satu jam untuk public Audience.

Kami sepatutnya bermula pada jam 1 pm. tapi saya sudah pun berada di dalam bilik seminar seawal jam 8 pagi.

melihat slides yang disediakan, dan menyusun makanan dan minuman yang dibeli malam tadi.

Menyusun sendirian.

Berbaju rehan, berseluar khakis cream, berkasut aqua hitam, dan berbaju sejuk hitam merupakan tema untuk presentation saya ini.

Bismillah, memang saya harapkan semua berjalan lancar.

Dissertation telah pun diberikan kepada semua committee members seminggu sebelum itu, yang dikira juga agak terlewat, kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan.

Kami tidak mempunyai masa lagi.

Kurang 15 minit jam 1 pm, penyelia saya pun sampai. Sebelum itu saya pergi ke officenya dan meminta kata kata nasihat.

Beliau berkata, buatlah yang terbaik untuk masa ini, dan sebarang kemungkinan output bergantung kepada pembentangan saya ini.

Seorang pemeriksa luar datang lewat 15 minit kerana kesesakan jalanraya dari research station.


Alhamdulilah, saya lulus bersyarat. Bermaksud, untuk doctoral degree, ada beberapa data yang perlu saya lengkapkan untuk mencapai standard dissertation. Committee saya juga berpendapat, adalah baik untuk saya mem publish hasil kajian saya, kerana terdapat dua journal papers yang boleh saya dapati dari hasil kajian saya yang novel, dan amat sayang jika ianya menjadi public property (tidak publish, tetapi hanya dalam dissertation saja).

Panjang lagi dramanya.

Alhamdulillah, saya akan berada satu semester lagi di bumi uncle Sam / Uncle Trump? bagi melengkapkan data, dan mempublish paper.

4 bulan lagi. Insyallah, doakan di permudahkan urusan.


Ameen.

Mohamad Fadhli Mad Atari.
PhD candidate,
Horticultural Sciences Department,
University of Florida. USA.

Sunday, March 05, 2017

Api Jam 10 malam

Kisah ini berlaku di Perak, Malaysia, semasa saya berumur 10 tahun. 

Rumah atuk dan nenek saya dikampung adalah berhampiran dengan rumah saya dan pakcik saya. Sering pada hujung minggu, atau cuti sekolah, kami akan bermalam di rumah atuk dan nenek. 

Rumah tersebut merupakan rumah warisan sejak dari turun temurun. Yang saya ketahui adalah sejak dari bapa kepada moyang saya tinggal disitu. Rumah kayu tinggi, yang dahulu dikatakan telah dipindahkan beramai-ramai dengan bantuan orang kampong jauh dari Baroh (Hutan). 

Belakang rumah pula adalah hutan tebal, dan jika pergi jauh lagi akan berjumpa dengan sungai perak. Tandas pula terlepas berasingan di luar rumah, kira-kira 10 meter dibelakang rumah. 

SAKIT PERUT
 
Masih segar dalam ingatan, jam 10 malam, tiba-tiba kami cucu dalam 4 orang sakit perut serentak dan mahu menggunakan tandas. 

Atuk biasanya sudah tidur selepas isya, jadi nenek menggunakan tin minyak tanah yang ditebuk dan diletakkan pelita menyuluh jalan ke jamban (tandas). Kami semua masih kecil ketika itu, dalam linkungan 10 tahun hingga 7 tahun, jadi oleh kerana ramai yang sakit perut (dalam 4-6 orang?), maka 2 orang masuk ke jamban dalam satu-satu masa. 

Malam yang pekat, dan baruh (hutan) dibelakang pun hitan pekat. Nenek sibuk menguruskan cucu-cucunya buang air, dan saya bermain pintu jamban buka dan tutup beberapa kali dalam kepekatan malam.

API
 
Kemudian, dalam jarak 15 meter, kelihatan api marak seperti membakar sampah yang banyak. Saya pun bertanya kepada nenek, 

“Wah (panggilan kepada nenek), atuk ada bakar sampah ke tadi? Tak padam-padam lagi”

Nenek saya senyap saja, tiada jawapan. Saya ulang semula soalan saya, 

“Wah (panggilan kepada nenek), atuk ada bakar sampah ke tadi? Tak padam-padam lagi”

Setelah soalan saya tidak mendapat jawapan, saya pun terus melihat kepada api marak tersebut yang bewarna keorenan. 

Kemudian saya amati api itu beralih posisi perlahan-lahan, kekiri, kekanan, dan terlihat bayang bayang hitam batang pokok, kerana api tersebut berada di dibelakang pokok-pokok tersebut. 

Pada masa itu, saya tidak berasa takut dan tidak menyangka perkara bukan-bukan. Nenek tanpa menjawab soalan saya, terus menggesa kami semua naik semula kerumah, dan terus tidur. 

Saya tidak teringat untuk menceritakan hal ini kepada ibubapa saya dan bercerita hal ini kepada atuk saya, seolah-olah saya terlupa. Mungkin pada masa itu saya beranggapan api marak besar dibelakang rumah pada jam 10 malam dikepekatan malam di baruh (hutan), adalah perkara biasa dan bukan misteri. 

Namun hal ini saya timbulkan kembali setelah saya berada di sekolah menengah, dan menjadi misteri sehingga hari ini.





Pengajaran kisah ini?

Itu merupakan kali pertama saya melihat perkara aneh tersebut, walaupun tidak aneh pada masa itu. 
Jin (apa pun gelaran dalam alam melayu), adalah kali pertama saya saksikan, dan alhamdullah moga Allah pelihara kita dari kejahatan syaitan dari kalangan jin dan manusia. 

p/s: baruh (hutan) di belakang rumah atuk sudah pun disodok beberapa tahun selepas itu untuk memberi laluan untuk penanaman kelapa sawit. 

Monday, February 06, 2017

Sebab-sebab mengapa orang suka mengumpat

Salam.

Saya tidak suka duduk bersama orang yang suka mengumpat.

Apatah lagi menjadikan mereka sebagai teman baik.

Masalah orang mengumpat ini, mereka suka menjustifikasikan tindakan mereka itu betul, untuk menyelesaikan masalah dan sebagainya.

Sugar coat bagaimana pun, mengumpat jugalah.

Ceramah yang baik. 


Monday, January 09, 2017

Tulis

Salam,

Semakin busy, semakin kerap menulis blog.

Bukan bermakna tiada kerja atau mengabaikan tugasan yang lain.

Cuma menulis pada blog ini mampu saya lakarkan satu persatu hal yang bersarang dikepala.

Mahu diceritakan pada orang, takut disalah anggap, disalah erti, dan menjadi bahan.

Sukar saya mahu percaya orang buat masa ini.

Sudah terkena, depan-depan kita baik saja, belakang-belakang nauzubillah.

ISTERI

Isteri saya pesan, janganlah selalu kongsi gambar anak di media sosial.

Dah saya pelik, kenapa.

Kemudian saya teringat.

Ada beberapa sebab

1. Pandangan ain

Pandangan ain ini adalah pandangan mata, yang disertai dengan pujian atau kegaguman yang tidak disertai dengan kalimah Masyallah.

Misalnya, dikongsi gambar anak yang sihat dan comel. Orang lain melihat, memuji,

"sihatnya anak dia, comel pulak tu"

tidak semena-mena anak tersebut sakit disebabkan kata-kata itu. Orang yang memuji tiada niat jahat pun, cuma pandangan ain ini merupakan salah satu perkara yang lazimnya berlaku. 

2. Keselamatan anak-anak

Pedophile- hal ini merisaukan. Anak kecil yang comel pada mata orang yang sihat akalnya, boleh jadi tidak begitu pada orang yang sakit akalnya.

Untuk mengelakkan sebarang kemungkinan, lebih baik tidak berkongsi.Mencegah itu lebih baik.

3. Privasi

Dalam zaman maklumat mudah dihujung jari, dan pelbagai maklumat peribadi dipaparkan seperti tiada segannya lagi, kadang kala kita mendengar orang mengeluh mengapa nak persoalkan tindakan peribadi yang dilakukannya.

Kenapa orang salah fahamkan niat perkongsiannya.

kenapa orang nak sibuk dengan hal peribadinya?

Jawapannya kita sendiri tahu, kita yang berkongsi, maka bersedialah menghadapi pelbagai peel privasi.

Kita sendiri yang buka privasi, jangan buat-buat tak tahu, atau innocent bila orang dok komen.


Mungkin semua orang dah biasa mendengar perkara di atas, dan mampu huraikan dengan lebih baik.

Salam tazkirah.

Wednesday, January 04, 2017

Intelectual Barbarism?

 Salam,

Artikel dibawah berkenaan intectual barbarism.

Isinya bagus. Boleh juga dikatakan viral.

NAMUN, apa bila saya cuba mencari istilah berkaitan online, sebarang artikel lain, atau journal, buku atau sumber yang boleh dijadikan bahan bacaan lanjutan, maklumat tersebut tidak kedapatan.

Mungkin akan jumpa "intelectual barbarism", tetapi fokus atau kandungannya berbeza.

Buat masa ini saya ambil sebagai pengetahuan, atau artikel yang ditulis dengan baik. Namun kesahihan isi kandungannya diragui.

Viral, berhati-hati. Berkongsi perkara yang baik, tapi juga tiada asas boleh jadi fitnah.

 ******************************************************************************

APA ITU “INTELLECTUAL BARBARISM” ?

Artikel oleh : Ibn Jawi

Di Barat, golongan akademik baru sahaja mengenali istilah “Intellectual Barbarism” ini. Namun dalam dunia Islam, istilah ini telah lama dibahaskan secara tidak langsung. Dunia Islam lebih awal menyedari bahaya penyakit “Intellectual Barbarism” ini. Apa itu “Intellectual Barbarism”?
Jika dalam dunia Islam, Adab itu lebih tinggi nilainya berbanding ilmu. Ini kerana dengan melalui adab lah menunjukkan seseorang itu berilmu atau tidak. Jika seseorang itu kelihatan berilmu tetapi tidak beradab, maka inilah yang diistilahkan oleh Barat sebagai “Intellectual Barbarism”.

Tokoh terkehadapan di Malaysia yang membahaskan penyakit ini ialah al-Marhum Prof Dr Uthman el-Muhammady, seorang ulama tersohor dari Kelantan. Beliau begitu gusar melihat dunia keilmuan di Malaysia. Manusia kehilangan adab. Menurut beliau, penyakit ini hanya boleh diubati dengan ilmu Akhlak Islamiyyah atau lebih dikenali sebagai ilmu Tasawwuf. Sebenarnya “Intellectual Barbarism” ini memiliki beberapa peringkat.

“Intellectual Barbarism” boleh berlaku ke atas seseorang itu seawal peringkat menuntut ilmu lagi. Sebagai penuntut ilmu, seseorang yang tiada adab belajar adalah dikategorikan sebagai “Intellectual Barbarism”. Sebagai contoh, bagi memudahkan faham, hal ini boleh dihurai melalui disiplin mempelajari ilmu hadis kerana masyarakat kita amat meminati akan ilmu ini.

Kita bermusafir menuntut ilmu ke oversea bagi mencari seorang guru yang alim. Namun apabila guru yang alim ini membacakan hadis-hadis, kita yang baru mengenali sedikit ilmu hadis celapak menuduh, “Ini tidak Sahih!!!”. Aneh. Kita yang hendak menuntut ilmu, tetapi bertindak “mengajar” guru yang lebih alim itu.

Sedangkan guru yang lebih alim itu lebih luas hafalan ilmunya manakala kita masih belum menjumpai hadis-hadis tersebut. Dalam tradisi pengajian Islam, murid begini layak dihalau serta-merta dari majlis kerana tiada adab.

Seterusnya, “Intellectual Barbarism” sebenarnya lebih banyak berlaku kepada mereka yang dilihat telah berjaya dalam dunia akademik. Sikap sombong tak tentu hala dengan sedikit ilmu yang dimiliki adalah satu bentuk “Intellectual Barbarism”.

Sebagai contoh, apabila telah berjaya dalam dunia akademik, seseorang yang berpenyakit “Intellectual Barbarism” itu cenderung untuk berasa “Akulah paling arif dan betul” sehingga bertindak di luar adab keilmuan dengan memperlekehkan pandangan ahli akademik lain. Malah pandangan tokoh agung juga diperlekeh oleh “orang baru” dalam dunia akademik ini.

Bagi memudahkan faham, masyarakat kita suka mengulas hukum-hakam Islam tanpa mempunyai ilmu Fiqh terlebih dahulu. Baru setahun dua mendapatkan sijil-sijil dari universiti, itu pun dalam keadaan tiada adab belajar, sudah mula memperlekehkan fatwa-fatwa Imam muktabar.

Kita berbangga-bangga dengan sedikit ilmu kita lalu mengelirukan masyarakat awam melalui ceramah, forum atau Kuliyyah. Sudah menjadi lumrah, seseorang yang tidak meiliki adab belajar, pastinya akan biadap dan sombong dengan ilmu yang dimilikinya ketika dia telah “berjaya”. Ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunduk.

Pengajian tertinggi; Dua perkara



"Master degree ini berbeza dengan Phd"

Dr Musa memulakan bicaranya dengan saya. Pada awalnya dia mencari teaching asistant yang kebetulan kubikalnya terletak bersebelahan dengan kubikal saya.

Office Dr Musa ini pun hanya selang satu bilik.

Kubikal saya ini membelakangi pintu masuk, yang selalu saya tutup dan kunci kalau bersendirian dalam pejabat yang dikongsi dengan enam orang lain.

"Master degree, ini macam undergraduate, tetapi dengan sedikit research. Result kalau tak jadi pun boleh dimasukkan" kata saya memberikan idea.

"Betul. Preliminary data pun boleh dimasukkan dalam perbincangan".tambah Dr Musa.

Saya mengangguk dan menunggu beliau berkata-kata lagi.

Dr Musa juga merupakan seorang graduate coordinator. Semua permohonan biasiswa (samada dapat atau tidak), perlulah mempunyai surat sokongan dari beliau.

"Bezanya Phd ini, penting dengan dua perkara"



SCHOLARLY

Kesarjanaan. Menulis thesis, menerbitkan journal, artikel,menghadiri konferen. Paling kurang sudah menerbitkan journal artikel sebelum bergraduasi.


NOVELTY

Kajian research ini mestilah betul-betul mantap statistiknya. Preliminary data tidak boleh dimasukkan sewenang-wenangnya. Pastikan semua hypothesis terjawab.

Novelity dalam penyelidikan yang tidak pernah dibuat di mana-mana. Tak kira sekecil mana sumbangannya.


Lain padang, lain belalang.

Belalang di Malaysia harus beradaptasi dengan padang empat musim.

Insyallah.

Fadhli-senang itu rezeki, susah itu mengaji.

DILEMA JARGON

Salam.

Saya menulis beberapa catatan dalam buku nota sebagai checklist

"1. pH indicator medium for FaRALF plants, data taken at 6, 12 and 24 hrs. repeat for 3 independent experiments. accomplish in 3 days. 

2. different range of pH HEPES buffer solution from 5.2 until 5.8, using pH indicator medium data taken after 24 hrs. repeat 3 times with four replicates. 

3. rooting medium in magenta boxes, 1.5 uM IBA, 1% glucose, 0.7% phytoagar, 0.5 x MS, pH 5.8. transfer putative transgenic 10 mg/L kanamycin shoots 

4. take pictures of shoots in (3)

5. find a way to measure FaRALF mutant plants, crown diameters, petiole lengths, from published literatures

.... "

and list goes on,

perkara di atas mesti diselesaikan pada hari ini.








DILEMA 

Dilema bagi aliran sains tulen untuk menerangkan jargon kajian dalam bidang ini kepada masyarakat. Idea seolah-olah tak sampai, tiada kaitan

Dilema juga aliran sains sosial untuk menerangkan tajuk kajiannya penting untuk masyarakat yang seolah-olah menyatakan sudah terang lagi bersuluh.

Bukan ini bermakna sains tulen susah atau mudah dari sains sosial.

Kalau namanya Phd, bidang apa pun memang susah.

Must be able to eat failures for breakfast!
p/s: gambar basikal sekadar hiasan. Sudah jual mountain bike. ada road bike terpakai saja sekarang. alhamdulillah



Tuesday, January 03, 2017

Suri Hati Mr Pali.

Salam,

Tajuk post ini mungkin agak poyo, tapi saya sangat rindukan isteri dan anak-anak saya.

Ini bukan keluhan, tetapi lebih kepada luahan, supaya tidak bersarang di kepala. 

Sebelum saya dikatakan mengada-ada, izinkan saya kongsikan kronologi timeframe kebersamaan hidup kami.


TIMELINE

Oktober 2010 hingga Ogos 2011

Berkahwin, dan selepas 2 hari anak sulung lahir, saya datang ke USA untuk menyambung pengajian kerana telah tertangguh dari Spring kepada Summer semester.

Tiada penangguhan lagi boleh diberikan untuk tahun 2011, kerana untuk tahun Spring 2012, permohonan baru perlu dibentangkan.

Ogos 2011 hingga Ogos 2013

Saya berada di Gainesville, FL, isteri pula berada di USM Pulau Pinang menyiapkan thesis masternya, dan anak sulung, Alisha Humaira pula berada di Kelantan bersama Tokku dan Tok Ma.

Isteri berulang- alik setiap2 minggu dari Penang ke Kelantan menjenguk anak. Saya pula sempat pulang setahun sekali, pertama kali untuk menguruskan visa anak, dan kali kedua untuk membawa mereka tinggal bersama.

Ogos 2013 hingga Januari 2016

Kehadiran mereka pada Ogos 2013, merupakan pengalaman saya menjadi seorang ayah buat kali pertama. Anak sulung tidak berapa mahu rapat, kerana saya ini memang seperti orang asing baginya. Sebulan masa saya di Malaysia untuk mengambil mereka digunakan untuk mengambil hati anak.

2 tahun tinggal berjauhan, apabila dapat tinggal bersama, saya berazam untuk membalas rindu kesumat,dan serba salah selama ini.

Pada april 2014, anak kedua kami, Adam Harraz pula lahir. Baru pertama kali merasa membesarkan anak kecil, seperti anak ini menjadi pengganti pengalaman anak pertama yang saya terlepas.


December 2014, 2015, 2016


Januari 2016 hingga Januari 2017

Keluarga saya pulang ke Malaysia, kerana perlanjutan kedua atau sebarang perlanjutan dibekukan untuk semua pelajar luar negara. Keadaan kewangan yang tidak mengizinkan, dan pengajian yang memerlukan komitmen yang tinggi membuatkan kami merasakan ini merupakan pilihan paling baik yang boleh kami lakukan.

Isteri dan anak anak berada di Malaysia, saya pula sendrian di sini bergelut menyiapkan pengajian.
Fokus dalam menyiapkan tugasan. Jauhkan diri dari drama queen atau king, beranggapan baik kawan kawan di sini mampu berbaik sangka seperti saya berbaik sangka kepada mereka.

RINGKASNYA

Isteri; kahwin 6 tahun, duduk bersama 3 tahun
Alisha Humaira, umur 5 tahun lebih, duduk bersama 2 tahun
Adam Harraz, umur 2 tahun lebih, duduk bersama 2 tahun.


Doakan kesempurnaan amanah saya disini.

Siapa suri hati Mr Pali? Isteri, dan anak-anak. Mereka semua. 

One golden lesson for Phd I learn , I must be able to eat failures for breakfast!


"Pali-senang itu rezeki, susah itu mengaji"

Monday, January 02, 2017

Aku Pelik

"Kalau ada orang cakap apa-apa jangan percaya tahu"

tiba-tiba Suri berkata kepada Mimi dengan nada yang serius.

Mimi agak tertanya-tanya apa yang dimaksudkan oleh Suri itu.

Pada ketika yang lain, Mimi bertanya kepada Zack,

"I pelik la. Haritu Suri ada cakap kat I, 'kalau ada orang cakap apa-apa jangan percaya tahu'. Apa maksud dia Zack? You tahu?"

Zack selepas mendengar pertanyaan Mimi dalam hatinya berbisik, "Betullah kalau orang ada rasa buat salah ni, takut tak bertempat"

Zack menjawab soalan Mimi, " Entahlah, apa maksud Suri itu. You tak tanya ke Mimi? Biarlah, you pelik, I pun lagi pelik you tanya macam ni"

Mereka berdua tertawa, mengelakkan sebarang andaian yang boleh mengundang dosa.




SENYAP ITU LEBIH BAIK
 
Orang yang suka bercakap perkara buruk dibelakang orang, meskipun benar, jarang sedar ianya termasuk dalam dosa mengumpat. Kalau perkara tidak benar, ia menjadi fitnah. 

Salah menjustifikasikan maksud berani kerana benar.

Mereka tidak boleh duduk diam jika tidak menceritakan hal orang,  dan takkan puas hati sehinggalah yang mendengar bersetuju dengan bait bait katanya. 

Kemudian selalulah terasa seolah-olah ada orang lain berbuat benda yang sama sepertinya. 

Golongan ini merasakan mereka paling betul, tiada salah.  Jika ditegur pun mereka pantas menjustifikasikan perbuatan mereka. Masuk telinga kiri,  keluar telinga kanan. 

Oleh kerana mereka beranggapan mereka paling mulia,  jadi mudah beranggapan orang lain pun seperti mereka. 

Berhati-hatilah dengan orang yang bercakap manis, tetapi jika didengarkan perkara yang disampaikan adalah memburuk-burukan/ mendedahkan aib orang lain. 

Tidak mustahil tanpa kehadiran anda, dia juga menceritakan keaiban anda kepada orang lain. 

Minta Allah jauhkan dari perubatan memakan daging saudara sendiri,  dan moga Allah hindarkan golongan ini termasuk dalam teman rapat. 

Aku ingin sahabat penjual minyak wangi,  bukan si tukang besi. 


Pali- aku cuba  berakhlak semasa ketiadaan kamu sama seperti berada dihadapan.
 




Monday, July 18, 2016

Ustaz Amin - Orang Yang Mengumpat

Salam, 
Bahas hadith, Dari Abu Hurairah, the bersabda Rasul SAW:
"Tahukah kamu apa itu mengumpat? Mereka menjawab, Allah dan Rasul lebih mengetahui.
Rasul berkata kamu menyebut apa yang dibenci saudaramu, dikatakan
apa pendapatmu jika aku berkata apa yang tepat tentang saudaraku? Jika benar
maka kamu telah mengatanya itulah mengumpat
dan jika tidak kamu memfitnahnya"

Sunday, July 03, 2016

Ustaz Amin - Ubat Kesedihan







Menangis bukan kerana fitrah, ada ubatnya, ubat kesedihan. Rasa tertekan dengan hidup, tak tahu nak cari tolong mana,

Islam ajar untuk atasi kesedihan, supaya tak terus dalam kesedihan.



Akal

cari hikmah cari kejadian. Tak ada benda kebetulan. Ada kebaikan yang kita tak perasan. Harini kasut hilang, rupanya Allah nak bagi kasut baru lagi cantic. Kereta kena Tarik, rupanya Allah nak gantikan kereta lebih bagus. 

 Hati

ditanam dengan iman. Macamana? menterjemah kalimah illah. Tiada tuhan Melainkan Allah. 

 Illah itu 99 nama Allah yang kita kaji. Tiada yang membela selain Allah.Tiada yang memberi rezeki mmelain Allah, Tiada yang memberi kasih sayang melainkan Allah, tiada segala-galanya kerana Allah.
Jadi kalau ada masalah, perbaharui hati kita dengan kalimah illah (99 nama Allah).

Masukkan hati kita, hajat kita. Tiada yang memberi rezeki melainkan Allah. 

Ingatlah dengan mengingati allah hati akan menjadi tenang. 


Fizikal

baca al quran. 2 surah untuk ubat hati sedih. 

Surah Yasin (hati quran), dan Surah Kahf (malaikat turun membawa ketenangan). 

Stress sangat sebab Kahf panjang. Fokus kepada ayat 11 (ayat untuk runsing kata orang perubatan). Ulang banyak2. Susah nak tidur. 

Ubat lain, banyakkan doa. Doa biar specific. 

Solat banyak-banyak. Ada satu doa yang wajib dalam solat, dalam surah al faihah. “tunjukkan kami ke jalan yang lurus”.

Tuesday, June 21, 2016

How to be a better muslim

How to be a better muslim.

* this is short notes for myself after watching Nouman Ali Khan videos

1.   Worship
fajr prayer improved? set a goal. More and more. sleep early and wake up early. fajr, quran. change day, then year, then life. project to memorize quran in our heart.

2.    Knowledge.
how to grow my knowledge this year?
be educated muslim in islam. recommendation; study the sirah  of prophet once, different sources. take one at a time. again every year. life of prophet as inspiration. gives perspective and reflection.

makes substantiation gain of quran. try to memorize specific surah (this year), read it and understand the tafsir. focus on one thing, and get it right. understanding the surah. memorize and understanding is not separated. the more recited, the more we understand it.

at least 3- 4 dua's, study and memorize them and make it a part of your life. (Combine knowledge and practices). there are other areas of knowledge, but these three will immediately make us a better muslim. Loves of prophet is increasing. knowlege of dua increasing understanding asking to allah. Knowledge should increase our knowledge.

3.   Services.
we have set times to do this. Weekdays or weekend. do some kind of services (help people). not necessarily do this under islamic banner. just do it. good causes, regardless. Just do it for ourselves, don’t publicly advertised in on social media. part of build maturity for teen.

These is not our goal, instead a thing the we can do to to be a good muslim.




Thursday, March 24, 2016

Fikir dan random

Baru mendengar ceramah oleh Nauman Ali khan,  seorang penceramah di USA ini.  Background beliau yang unik semasa membesar di New York dan bagaimana beliau mendalami ilmu al Quran sangat menarik minat saya.

Antara perkara paling awal saya ingat berkenaan ceramah beliau adalah berkaitan sikap orang yang baru kenal dan terlebih semangat dalam agama. 

"haram police! "

Menurutnya orang yang selalu nampak yang negatif saja berkenaan orang lain  dan cepat menghukum. 

Sempat saya hadir ke Story Night di Orlando dimana beliau menceritakan kisah nabi Musa as dalam Quran.

Penceritaan beliau sangat menarik.  Diterangkan bagaimana al surah dalam al Quran disusun seperti sebuah filem bukanlah tidak disengajakan.

Bermula dalam Quran nabi Musa dan harun berhadapan dengan firaun supaya menyembah Allah.  Kemudian terus diceritakan  flashback ke tahun apabila firaun mendapat amaran dari ahli nujum berkenaan bayi lelaki yang akan menggugat kerajaan beliau,   dan seterusnya. 

Seperti filem Lord of the ring,  Ada trilogies,  dan kemudian prequel.  Kisah Musa begitu juga. 

Menarik dan berkesan penyampaian beliau.  Seorang yang faham bahasa Arab dan tinggi kefahaman. 

* ditaip menggunakan blogspot app dan SwiftKey

Sunday, February 07, 2016

Selamat tinggal sayang..


Posted: 
print

1997 Mazda protege lx - $1400 (Uf campus)

image 1image 2image 3image 4image 5image 6image 7image 8image 9image 10image 11
© craigslist - Map data © OpenStreetMap
1997 mazda protege
VIN: jm1bc1412v0120270
fuel: gas
odometer: 141561
paint color: black
title status: clean
transmission: manual
I'm leaving the town and need to sell the car. It has been a pleasure owning this car but I need to let it go.

Excellent car for commute to school/work or leisure.

Pet & smoking-free environment.

The car is in good condition. Well maintained and use gently. I normally drive this car in town.

MANUAL transmission.

Maintenance that have been done with this car;
+ new battery
+ new four tires
+ replaced both left and right C/v axles.
+ new spark plugs and cables
+ O2 sensor
+ Heater and AC works.
+ timing belt replace when millage at 120000
+ cruise works.

Not working
- radio
- Power windows;
a) front driver (can rolling down no problem & but need to push up when rolling up)
b) both rear windows (stuck in up & close position)

The owner before me keep a very good record with her maintenance history,and I also keep my best to do so.

I'm asking for USD1400 or OBO.

Prefer text or email, but you can call (i'm worried I'm not be able to pick up the call on time)

I'm a pretty nice guy (self-proclaimed) and will entertain reasonable offer.
  • do NOT contact me with unsolicited services or offers
posted: 
   
language of posting : english

Bergantung harap

" Kau bergantung haraplah pada Allah, pasti tak kecewa. Kalau mengharap hanya kepada manusia, pasti hampa" bisik kecil hati...