Walima pertunangan.
“Tahniah! Selamat pengantin baru~!” message saya kepada Kamila*.
Melihat kepada gambar pelamin, hantaran, dan persandingan, saya mengucap syukur Alhamdulillah kerana selamat seorang sahabat saya mendirikan rumah tangga.
Gambar-gambar lain di facebook saya selak. Meriah sungguh kenduri itu. Kelihatan khemah putih beberapa buah didirikan. Pasangan mempelai itu tersenyum bersanding dengan persalinan putih dan sejambak bunga ros merah ditangan mempelai perempuan.
Lima minit selepas saya memberi komen, empunya gambar membalas,
“Hehe.. maaf yang ni gambar PERTUNANGAN, belum kahwin lagi. Insyallah tahun depan kami kahwin”.
Menepuk dahi lalu beristigfar saya. Termasuk ini sudah 3 kali terkena!
*bukan nama sebenar
KELIRU
Mungkin kerana saya 2 tahun tidak berada di Malaysia sudah terputus hubungan dengan suasana adat istiadat majlis perkahwinan dan pertunangan.
Mungkin kerana saya ini yang lebih gemar kaedah perkahwinan tradisional sebelum zaman pop yeah-yeah dan pertunangan yang sangat simple dianggap ketinggalan zaman.
Tidak mengapa jika pandangan saya dibakulsampahkan, tetapi di mana pula mahu diletak sabda Nabi,
“Rahsiakan tentang hal pertunangan dan hebahkan hal perkahwinan”
Sejujurnya saya memang terkesan dengan penulisan Abu Saif berkenaan hal ini.
STATUS FACEBOOK
Sejurus selesai mendefense thesis, terus berurusan dengan keluarga untuk menguruskan hal perkahwinan secepat mungkin. Saya sudah bertunang sebelum melanjutkan pelajaran.
Kini kebanyakan orang sudah mempunyai akaun facebook. Perancangan dan jemputan mungkin kebanyakannya akan dibuat melalui situ. Lebih mudah kan? :)
Tempoh saya bukan lagi tempoh bertunang, tetapi tempoh pra perkahwinan. Persiapan segala mak nenek dilakukan. Keluarga sudah berbincang. Kini hanya mengira hari sahaja.
Sengaja saya letakkan status “engaged” sahaja tanpa link kepada sesiapa dalam tempoh pertunangan. Memadailah rakan mengetahui saya sudah bertunang.
Bukan sedikit saya dipersalahkan kerana tidak meletakkan status bertunang. Kesimpulannya, saya merasakan meletakkan status ‘engaged” itu lebih selamat.
TERUK
“Eee, teruknya dia, dah bertunang tetapi tak mengaku!” satu komen singgah.
“Dasar lelaki, kalau sudah bertunang, mesti nak rahsiakan!.” sokong satu komen lain yang singgah.
Terukkah jika lelaki menyembunyian status pertunangannya? Ya, jika perbuatannya yang menggatal tak tentu punca, dan membuaya ke tahap dewa. Adilkah jika semua lelaki digeneralisasikan seperti itu?
Ambil kira juga lelaki yang berbuat baik dengan semua orang termasuk wanita. Dia juga akan dipersalahkan kelak oleh wanita atas kebaikannya itu. Faham?
Yang mana lebih teruk, samada orang yang ingin menjaga kerahsiaan atau orang yang cuba menyungkil kerahsiaan peribadi?
Sudah dapat betis mahu peha pula. Setelah meletakkan status bertunang, bertalu-talu asakan persoalan dengan siapa pula ditanyakan.
“Nanti tiba masa saya war-warkan” jawab saya diplomasi. Itu sahaja.
NATIJAH
Persoalan ini kembali kepada diri sendiri. Jika anda sudah bertunang, dan atas sebab yang pelbagai, telah terlanjur membuat ‘kenduri kahwin’ semasa bertunang, janganlah war-warkan gambar dan videonya kepada seluruh dunia.
Jika anda sudah bertunang, tetapi masih lagi tidak tahu atau tidak pasti dengan yakin tarikh tetap akan melangsungkan pernikahan, janganlah link @ hebahkan siapa calon anda.
Percayalah, menuruti sunnah itu banyak manfaatnya! :D
Comments
merahsiakan pertunangan tu adlh yg terbaik. hmm..tapi disbbkn merahsiakan tu la ada shbt yg kecil hati dgn akk..natijahnya hubungan kami dah tak mcm dulu..sedih sgt..tak tau nak buat mcm mana..
saya kurang pasti apa yang berlaku sebenarnya. Perkara sudah berlaku, berdoalah supaya pada masa depan ia kembali jernih.
Lelaki mungkin berbeza situasi dan cara penyelesaiannya, dan untuk wanita, mungkinkah kawan baik dianggap sebagai kawan berkongsi segala rahsia?
Terlalu berahsia itu tak salah. Yang salah adalah terkadang tidak menjawab dan menafikan terus status pertunangan.
"Dah bertunang ke?" tanyanya. Jawab kita, "belum". Padahal sudah. Tindakan sebegini tidak menepati saranan merahsiakan hal pertunangan.
Lebih baik katakan "sudah" dan sebutkan "details" akan menyusul kemudian.
Jika kerana tidak dikongsikan hal ini kepadanya menyebabkan dia terasa, khabarkan sabda Nabi, insyallah dia akan faham juga nanti. :)
Jika ada salah, jangan lelah memohon maaf. Insyallah, keras- keras kerak nasi, ditambah air, lembut jua.
Afwan
saya baru je merancang nak bertunang mengikut syariat.
Banyak sedang difikirkan dan tengah diusahakan.
Ni semua terkesan dengan penulisan ust Hasrizal.
Namun, ade jua suara2 yang tak sedap di dengar mengatakan seperti menyorok sesuatu. Sedangkan nanti lelaki itu bakal suami juga.
Membaca blog anta. Saya rasa seperti semangat saya semakin berkobar-kobar untuk tidak menghebah2kan berita pertunangan nanti.
Syukran.
terima kasih. moga dapat manfaat bersama. Ameen.
fahima,
moga Allah berikan keberkatan atas peristiwa dengan nikmat yang lebih baik. Ameen.