bersama adik bongsu, Syukri ketika konvokesyen pada tahun 2006 di USM
August 2008, 8 pm EST
“Hello?”
“Minggu depan abalang balik tak?” tanya adik bongsuku, Syukri yang ketika itu berumur 9 tahun. Kebetulan pula dia laju mengangkat telefon di rumah.
“Kenapa, ada apa?” tanyaku semula, kerana sedikit terkejut dengan soalan itu. Aku baru 1 minggu selamat sampai di Florida, USA. Belum habis lagi penat, homesick pula menyebat supaya mengagahkan usaha untuk menelefon kampung halaman di Hutan Melintang, Perak.
“Bukan apa, minggu depan ada banyak kenduri kahwin. Kalau abalang balik minggu depan boleh la pergi kenduri kahwin tu.” katanya bersahaja.
“Syui tahu kan abalang ada kat USA dah kan, aritukan pergi hantar ke KLIA. Ingat lagi tak?” aku bertanya untuk memancing apa yang bermain difikirannya.
“Ingatlah. Jadi minggu depan jadilah balik ye” tanyanya lagi.
Adoii. tergeletek perut tapi ditahan ketawa. Satu persatu diperjelaskan, tentang jarak USA tu sangat jauh, terletak di sebalik muka bumi sana. Beza masa dengan Malaysia 12 jam dan beberapa perkara lagi.
Selepas dihujung penerangan ringkas itu, kedengaran tersengih suaranya ditambah dengan huruf ‘O’ selama 6 harkat.
Segar lagi memori yang hampir berusia 2 tahun itu. Insyallah tahun ini saya akan pulang. Bila? Bulan Ramadhan nanti ada la. :D See you soon Malaysia!
7 comments:
wah wah da balik ke US ~
hahaha ~ slamat2 ~ braper lame lg kat sane nie? :D
kerel,
balik dari US la. bulan posa ni ada la kat kg.
sampai hati pggl die sotong?
fahima, adik beradik lelaki, biasa la. dah beasr nanti ilang sendiri panggilan tu.
:D
seronoknya dia dah nak balik dah. nak kahwin nnt sponsor tiket flight kat akk sekeluarga ek..hehe..
kak nadiah, huhu, mestilah seronok. 2 tahun tak balik, plus saya ni jejaka melayu tunggal kat gnv ni.
bleh3.
wow..sponsor..
akak tuntut jgn x tuntut..
Post a Comment