CiNtA sEoRaNg LeLaKi
Salam sejahtera untuk semua insan yang bergelar Adam dan Hawa. Sebenarnya teringin sungguh saya berkongsi sedikit coretan yang tidak seberapa dengan anda semua.. dan kebetulan sama tangan ini menari rancak di atas papan kekunci, dah ditakdirkan mungkin.. baiklah.. Rasa untuk memiliki dan di miliki adalah fitrah yang ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Perasaan cinta itu suci, tapi jika dibiarkan berlayar tanpa panduan wahyu Ilahi dan sunnah Nabi, takut-takut ada penumpang nafsu berpakej iblis tanpa diundang berlayar bersama. Saya belum berkahwin lagi, tapi dalam ke arah itu. Membuat pilihan bukan mudah, dan menetapkan hati selepas itu memerlukan pemahaman kenapa “janji” itu dilakukan, kerana siapa, bagaimana cara, dan bilakah masa? Mungkin ini bukan nukilan yang terbaik. Tapi berapa ramai lelaki yang kecundang dalam hanyutan perasaan. Saya tidak imun, ada juga perasaan. Tapi ingat apa Nabi kata, DIAM itu lebih baik dari berkata-kata sesuatu yang tidak berfaedah. Merujuk kepad