Thursday, March 15, 2012

Lagi dan lagi

Salam,

Mungkin kebelakangan ini banyak pos berkenaan “Alisha”.

Apa boleh buat, mungkin jasadku ada di bumi Gainesville,

tapi hakikat ‘hati’ tidak ada di sini.

Countdown.. 2 bulan lagi. insyallah. Smile

Tuesday, March 06, 2012

Alisha: chicken pox & rocking chair

Salam,
Masa isteri sarat mengandung, dia rilek je takde rasa sakit apa-apa, terutama pada minggu akhir waktu mengandung. Kebetulan pula, suami pulak yang sakit demam serta muntah-muntah teruk.
Bila suami kebah dari sakit, beberapa jam selepas itu, barulah isteri mengadu sakit nak bersalin. Kuasa Allah, biarlah suami menanggung sakit sedikit berbanding dari isteri yang sarat mengandung 9 bulan lebih. Itu doa yang tergetus dihati, tapi tidak terlafaz sebelum itu.

Minggu lepas pula, kepala terasa pening-pening, dan seterusnya demam selesema secara mendadak. Alhamdulillah, sepanjang hidup diperantauan amat jarang sekali sakit. Memang tidak ke hospital lansung sebelum ini. Namun beberapa hari ini tewas rebah di katil.
Pagi ini pun dengan selamba mengemail advisor dan semua orang di lab "I’m having a cold fever and still recovering. Maybe I will not come to the lab meeting. Sorry. Pali”
Selang beberapa minit advisor membalas email, “Stay home! Get better!”
Bila berhubung dengan isteri yang kebetulan ada di kampung, kebetulan pula Alisha juga sedang sakit, demam pada waktu malam, kemudian timbul rasa gatal-gatal pada pergelangan kaki dan tangan. Pergi ke klinik sudah katanya, mungkin symptom terlalu awal, ia hanya kelihatan seperti ruam biasa. lama-kelamaan, ruam itu menjadi besar, dan jadilah seperti chicken pox.


Bila bertanya kepada isteri, “Kesian alisha, mesti dia penat sebab malam demam, etc..”
Isteri menjawab,”Takpe, Alisha sakit-sakit pun aktif!”.
Gumam dalam hati.. “Ye ke? Alhamdulillah. Biarlah sakit isteri dan baby jika terlalu berat suami yang menanggung.”.
Kasihan Alisha, tapi tak mengapa, kecil-kecil sudah kena, besar nanti tak kena dah. Tak macam abinya, form 3 baru nak kena. haha.
IMG_4226
Pastu pulak arini orang yang jual twin bed sofa, love couch dan TV kasi rocking chair free sebab tau ada baby. Rezeki alisha~
Alhamdulillah.
ps: oghe kelate kata chicken pox ni “berteh”. ala, macam berteh jagung tu, cuma kita panggil popcorn la.. haha~

Saturday, March 03, 2012

Pemakanan sihat~bersama Alisha

DSCF0029

anak anda perlukan makanan yang berkhasiat

DSCF0033

happynya alisha makan~

DSCF0030

lagi alisha, lagi~! tambah2~

DSCF0037

ingat, pemakanan sihat, ummi suka, abi setuju…

 

 

DSCF0038

Alisha?…. (terlalu kekenyangan.. Sad smile)

Thursday, March 01, 2012

Lama.

Salam, 

Lama sungguh tidak menulis di blog. Lebih banyak masa dihabiskan untuk aktiviti setempat dan kerja-kerja tertunggak yang setiap hari tidak jemu menyapa ramah.

Menghitung hari untuk isteri dan anak untuk bersama-sama di sini. 

Masih menanti. Mengharapkan perubahan progresif kelak! Mungkin akan datang blog ini akan dikongsi bersama isteri dan baby (kalau baby pandai menulis).

Sekian. 

Pali- 

Wednesday, January 25, 2012

Mek Alisha: Pipiku jangan diusik!

Salam,

Kecik-kecik sudah ada stand sendiri. Bagus la Alisha..haha~makin dicubit makin dibuat!



Pali@2 Rabiul awal 1433H

Wednesday, January 18, 2012

Khalil Darwish

Salam,

Nikmat menulis itu hadir dalam kesibukan, bukan dalam masa kesenangan. Itulah yang saya rasai, kerana hikmah, hidayah dan rahmat Allah terasa mencurah-curah semasa kesibukan.

Sibuk boleh mengingatkan kita kepada Al Khalid. Sibuk juga boleh melupakan kita kepadaNya. Beruntunglah kepada mereka yang semasa senang dan susah sentiasa ingat kepada Dia.

Hari ini coretan dimulakan selepas selesa berkemas rumah. Saya baru sahaja siap berpindah ke apartment baru yang terletak di tingkat atas University Village. Alhamdulillah, lebih selesa, ada balkoni, lebih dekat dengan jalanraya dan yang lebih penting lebih murah sewanya! Segala puji bagi Allah yang mengatur kehidupan hambaNya untuk dipermudahkan.

Pagi dari tingkap apartment di Maguire. Musim luruh sudah hampir kehujungnya.


SAYANG

Saya mula tiba di Gainesville pada 17 Ogos 2011, sejurus beberapa hari puteri kecil kami Alisha Humaira lahir. Pepatah melayu kalau sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tingal-tinggalkan. Pengalaman hidup bersama housemate Khalil dari Mesir selama setahun semasa pengajian Sarjana dahulu dirasakan cukup bagi saya sebagai model hidup untuk melaksanakan tindakan ini.

Khalil, semasa datang ke UF sudah berkahwin dan mempunyai seorang puteri kecil. Selama setahun bersama saya, taaruf kami bermula, berkongsi apartment 3 bilik bersama seorang rakan Sarjana berlainan kursus, Adeel Ahmed.

Selama setahun itu juga puteri kecil keduanya lahir. Dia nekad melakukan tindakan ini untuk menuju kehidupan yang lebih baik. Menurutnya, meskipun kerajaan yang pada masa itu diterajui oleh Hosni Mubarak dikatakan korup, tetapi penduduk Mesir rata-ratanya baik dan mesra. Namun, kos kehidupan yang tinggi berbanding gaji yang murah menyuntik semangatnya untuk 'berhijrah' ke arah kehidupan yang lebih baik.

Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayakan anak, tangan-tangankan, menurutnya.


Jon, saya, Adeel dan Khalil ketika cuti Winter 2008 di Miami, FL.


HAIRAN

Beberapa rakan saya apabila mengetahui saya mendapat tawaran ke Maguire Graduate Housing mereka berasa hairan.

Cepatnya!- respon kebanyakan mereka.

Mujur memohon graduate housing pada awal pengajian Master. Selalunya mengambil masa sekurang-kurangnya 1 semester untuk melayakkan diri memohon. Permohonan itu saya belajar juga dari Khalil. Dia jualah yang mendesak saya memohon ketika dia memohon untuk keluarganya. Selepas setahun kami tidak menjadi housmate lagi, kerana keluarganya dari Mesir akan datang. Perwatakannya lembut, matang, tenang memungkinkan sesiapa sahaja berasa selesa bersama beliau. Hampir tiap malam dia bertanya,

Fadhli, tea or coffee?


Err- its okay

Come on! (ujarnya serius tidak mahu beranjak dari pintu bilik.)

Ok, tea. :) thanks!  (kalah dengan konsistennya)

Masih segar seperti baru semalam. Belajar dari rakan sekeliling juga mendesak saya untuk lebih proaktif. Khalil yang turut bekerja sebagai Cikgu di salah sebuah universiti di Mansurah itu merupakan pelajar 4.0. Peperiksaan GRE dan TOEFL nya terlalu biasa sahaja, sehingga dia perlu mengambil kelas pembaikan english, sedangkan saya tidak. Tapi keputusan akademiknya lebih membanggakan! Pelajar cemerlang!

Apakah rahsianya?

Sakinah, Mawaddah, Rahmah


"Berkahwinlah, kerana ketiga-tiga diatas akan dicapai apabila berkahwin andai niat kerana Allah." ujarnya.


KEMBALI

Alhamdulillah, Khalil yang kini telah lama menyambung pengajian phdnya di Okland University pada Januari 2011 akan kembali ke UF beberapa hari lagi. Dia bercadang untuk menghabiskan pengajiannya disini.

Sangat rindu kepada sahabat ini. Memang sangat manis persahabatan, jika berjumpa dan berpisah itu kerana Allah! :D

Semasa komuniti dinner di Hoda Center untuk mereka yang akan meninggalkan gaineville pada Julai 2010.

Bergantung harap

" Kau bergantung haraplah pada Allah, pasti tak kecewa. Kalau mengharap hanya kepada manusia, pasti hampa" bisik kecil hati...