Monday, January 16, 2012

Memandu bersama Alisha~




Salam, Mari belajar memandu~ bersama ALisha
OK, pertama sekali pastikan tali pinggang siap dipakai.

Kemudian, masuk gear satu, tekan clutch.

Lepaskan clutch, dan tekan pedal minyak perlahan-lahan

Masuk sehingga gear ke enam, dengan kelajuan 200km/hr
dengan segera,!! pusingkan stering untuk drift!!  xD
tarik hand break! (sampai tercabut kau..)

pusing stering ke kiri sambil menekan pedal minyak!

pastikan handbreak dalam kawalan sempurna

jaga-jaga lalu lintas. perhatikan lampu isyarat merah juga.

STOOOPP!!!

Ooop!! oppp!!... alisha dah terlajak ke depan ni..


Sorry alisha~ (T.T)

P/s : sorry.. inilah agaknya yang dikatakan 1st time parent syndrome.. haha

Sunday, January 08, 2012

Antara 2 Usrah



"Bismillah"


Rice cooker dihidupkan setelah beras dibasuh sekali dimasukkan air 2 kali paras beras, sedikit minyak, perencah Briyani Pakistan, chili Halapeno, bawang, daging cincang, garam, sayur campuran lobak, jagung, kacang panjang.

Kiub ayam Maggi halal yang dibeli  dari Falafel King itu sungguh berbakti. Sos salsa Prego juga dimasukkan akhir sekali bersama secubit garam dan daun bawang. Sambil membancuh secawan kopi pekat untuk pagi itu. Azam untuk tidak tertidur lagi pada waktu pagi.

Pergi ke office dan kemudian pulang pada lewat petang menunggu ketibaan 8 tetamu terhormat roundtrip. Antara dua, samaada keluar ziarah, atau diziarah! Meraikan tetamu untuk berjalan ke Universal Studio Orlando pada hari sebelum tahun baru Masihi itu. Mereka sudah merancang ke Magical Kingdom, tetapi penuh pula. Tempahan harus dibuat seawal 3 bulan!

Saya keluar bersama mereka selama 1 jam 30 minit meluncur dengan Honda Odyssey seramai 9 orang semuanya. Seharian di sana. Ya, seronok jika bersama teman. Tapi jika bersendirian, mustahil untuk teringin.

tetamu datang bertandang.
Pada pagi ahad, 2 hari selepas itu,

"We will be at your home about 45 min from now" ,

mesej dari Ahmad Mogheib masuk ke dalam inbox hanset Samsung Omnia 7 pada tengahari itu. Beberapa hari sebelum itu setelah usai solat Subuh di masjid dia meminta tolong untuk letakkan barang untuk beberapa hari di apartment. Insyallah boleh. Orang yang mencukupi keperluan saudaranya, Allah akan mencukupkan keperluannya, saya percaya.

Tetamu yang bertandang ke rumah 2 hari sebelum itu rata-ratanya dari Winscounsin dan Miami Florida di bawa ke Kebab House, restoran paling popular di kalangan masyarakat Gainesville. Pengusahanya Haris, warganegara America berketurunan Pakistan itu baik dan ramah. Sering bercerita pengalamannya semasa kecil berada di Malaysia kerana ayahnya seorang pilot.

Rezeki mereka mungkin, ditelefon pagi itu seawal 11 pagi tiada jawapan. Dicuba berkali-kali juga tidak dapat. Maklumlah mungkin mereka cuti 1 Januari. Rasa sedikit kecewa, kasihan mereka. Tergerak untuk menelefon lagi, dan alhamdulillah pada pukul 12 ada suara yang mengangkat.

Nari Briyani Kabab House

Nasi Briyani ayam dan Kadhai Ayam itu sebagai menu tengahari itu. Enaknya briyani itu terkadang teringat semasa berada di Penang. Isteri mengsyorkan nasi briyani popular di Penang menurutnya. Bila menjamah, tewas mudah dengan Nasi Briyani di Kebab House. Tetamu sebelum ini, Wan Zaki, Nadiah Sidek, dan beberapa orang lain yang menjamah amat menyukai. Sedap. Itulah sedikit hiburan hati. Setiap minggu dijamah seperti preskripsi ubat.

ANTARA 2 USRAH

Apabila para tetamu pulang, rumah kembali terasa sunyi. Laptop Asus G74sx BBK8 sahaja menjadi teman melayari khabar teman. Duduk sendirian buat sementara ini banyak muhasabah dan mujahadahnya. Mengenali diri bila sendirian itu kadang kala memberi kebaikan. Tapi fitrah manusia itu hidup bermasyarakat. Fitrah manusia itu mahukan usrah!

Usrah dalam bahasa arab bermaksud 'keluarga'. Satu usrah saya bersama teman-teman di USA baru sahaja bermula. Satu usrah lagi bersama isteri dan puteri kecil pula masih ada di Malaysia. Alhamdulillah, tidak terasa lengkap hidup tanpa 2 usrah ini.

Usrah bersama teman bertukar fikiran, ikhlas beringat-ingat supaya bertemu dan berpisah itu kerana Dia. Insyallah didoakan temasuk diantara 7 golongan yang mendapat naungan dari Allah di masyar kelak.


"Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah." (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)


Usrah kedua adalah bersama isteri dan anak membentuk baiti jannati (rumahku syurgaku). Sebagai ketua keluarga, kematangan dan maklumat yang diperolehi harus dikongsi bersama permaisuri dan puteri, supaya tidak menjadi dayus. Rasullullah berpesan, berbuat baiklah terhadap kaum keluargamu, kerana aku adalah orang yang paling berlaku baik terhadap keluargaku.


2 usrah


Kedua-dua usrah amat penting. Hanya satu usrah sahaja adalah seperti sekujur badan yang lumpuh sebelah anggota, atau seperti anak muda yang tinggi semangatnya tetapi tidak matang fikiran. Rukun usrah itu ada 3, iaitu taaruf, tafahum dan takaful. Taaruf itu berkenal dan mengenali, tafahum itu faham dan memahamkan, dan takaful itu bertolong-tolongan.

Insyallah buat anak muda, jika usrah bersama teman itu subur, usrah atas akad niqah itu makbur.

:D


Thursday, December 22, 2011

Thank you for being born

Salam,

Seperti biasa, tajuk dalam bahasa Inggeris tetapi isi bahasa melayu. Open-mouthed smile

Alhamdulillah

374830_298632010175151_100000850633979_838257_902157448_n

Dec 22 ini umur sudah 27 tahun. Terima kasih Abah, mak, dan keluarga, kerana mendidik, melahir dan mengasuh sehingga berada pada situasi yang ada.

Dalam masa setahun ini juga puteri kecil kami; Alisha Humaira lahir.

Dalam masa ini juga, Allah yang Maha memahami ujian terbaik untuk hambaNya; jika sayangkan kanak-kanak, akan dipisahkan jarak keluarga buat seketika

Begitu juga dengan suami yang amat cintakan isterinya..

Dalam setahun ini seolah-olah adalah tempoh untuk honeymoon dari pengajian Sarjana ke Doktor Falsafah,

Dalam setahun ini saya beralih dari kehidupan bujang, kepada berdua, dan kini kembali bujang buat sementara.

Dalam setahun ini, saya belajar untuk tidak banyak megeluh (dah kahwin kan, ada anak pulak tu) dan lebih banyak bersyukur.

Jika fikiran merasa susah, hati yakin masih jutaan umat merasa lebih susah lagi.

Dalam setahun ini saya belajar tidak mengadu cerita dengan manusia terlampau banyak, jika perkongsian bersama Allah itu amat tiada.

Seperti kata orang, jika terlalu asyik dengan facebook, blog, sehingga semua keluhan dibuat di sana sehingga tiada perkongsian bersama Dia, di khuatiri Allah akan tinggalkan kita bersama facebook dan blog sahaja.

Alhamdulillah ya Allah. Terima kasih kerana membenarkan hambaMu ini lahir, dan seterusnya menusuri kehidupan penuh warna warni ini.

IMG_3514

Doakan iman dan taqwa kami semakin mantap, sematang usia kami. Pimpinkanlah kami bersama para pemimpin yang engkau redhai.

Terima kasih ya Allah untuk setahun ini.

Terima kasih juga kepada yang sudi membaca.

 

 

 

yang enggan mengeluh (kalau camni dikira mengeluh juga kan?..),

Pali.

ps: dalam 4 bulan ini berat sudah kurang 7 kg! yes! yes! alhamdulillah. Open-mouthed smile

Untitled

alisha humaira~ abah kangen sama kamu~Smile

Tuesday, October 11, 2011

100 likes

Fikret menarik nafas lega. Kopi itu dihirupnya perlahan-lahan. Panas.

Segala kekuatan yang dikumpulnya sejak beberapa minggu yang lepas nampak membuahkan hasil.



"Congrats! Tahniah tau!" balas salah seorang rakan Fikret menerusi wall facebook.

"Tahniah Aishah & Fikret~ korang memang sepadan!" di antara berpuluh komen yang ditinggalkan.


Pertukaran profile picture yang dulunya seorang, kini berdua dan nampak intim banget!

Status pertukaran Fikret dari single kepada in relationship itu mendapat respon positif dari pelbagai pihak.  Senyum lebar Fikret apabila perhubungannya itu 'direstui' hampir '100 likes' dari friendlistnya!

Ada pula yang membaca statusnya itu dengan perasaan bercampur baur cuba tanpa sebarang judgemental.

Fikir segelintir mereka, mungkin dia tidak tahu, maka menjadi kewajiban kepada yang tahu untuk memberi tahu!



SEDIH


Bukan mudah untuk mengistiharkan perasaan cinta. Banyak kekuatan yang perlu dikumpul.

Walaupun ada ketikanya perasaan itu diletakkan pada masa dan orang yang salah, sebagai langkah pertama, yang ingin menegur perlulah menghormati perasaanya itu.

Namun khilafnya itu perlu diberitahu juga.

Saya sedih. Perasaan saya masih bercampur baur. Sehalus bagaimana lagi untuk diberitahu? Kongsi bersama saya kaedahnya?

Perasaan bercampur baur itu kebanyakkannya telah saya coretkan dalam entry Walima Pertunangan.




seperti best sahaja lagu ini, kan?. Kalau melihat senikatanya, banyak pesanan yang bermanfaat kepada lelaki walaupun poyo, tetapi diterima kerana win-win situation untuk tidak mengatakan YA pada sesuatu tawaran. Ada 'kekasih' yang menunggu. :D



Sunday, October 02, 2011

Saturday, October 01, 2011

Usaha, tawakkal dan redha

"Ish, macamna boleh silap! Soalan camni aku tahu nak buat!" 


keluh Zahari sendiri.

sesal bercampur marah dengan kecuaiannya itu dalam menjawab soalan peperiksaan.

Soalan tersebut sama sahaja dengan soalan pada tahun lepas yang telah dikaji dan dijawabnya bersama rakan-rakan.

Soalan yang pada anggapannya tidak menjadi masalah, telah menghalangnya mendapat  markah 100% dalam peperiksaan itu!

arrgghh!! silap! silap!



USAHA

Dalam persedian menjawab soalan, usaha itu boleh dibahagikan kepada beberapa fasa.


Fasa 1: mencari soalan peperiksaan lepas, atau latihan supaya dapat membuat latihan dan perbincangan

Fasa 2: mencari beberapa orang lain juga untuk menggiatkan lagi usaha untuk latihan untuk perbincangan berkumpulan.

Fasa 3: menjawab soalan tersebut tanpa melihat skema jawapan yang telah sedia ada. Kemudian semak semula, samada jawapan yang ditulis sama dengan skema jawapan.

Fasa 4: tidur yang cukup dan rehat sebelum hari peperiksaan.

Ok, mari lihat persamaan (equation formula) dibawah




Persamaan usaha:

Fasa 1 sahaja =

tahniah, anda dapat teknik 'mencari' soalan!


Fasa 1 + Fasa 2 sahaja=

tahniah, anda mendapat kawan dan buah fikiran orang lain



Fasa 1 + Fasa 2 + Fasa 3 =

tahniah, anda faham soalan semua. Tapi anda 'blur dan bengong' ketika menjawab soalan dan diakhiri dengan "Alamak!!" selepas menyemak nota kembali.



Fasa 1 + Fasa 2 + Fasa 3 +Fasa 4 =

anda layak untuk berkata "Saya sudah usaha, kini tawakkal kepada Allah"




mujur ada study group ni.. :D






REDHA ITU DI MANA?

Sering jika kita menjawab soalan survey dari kawan-kawan kita untuk kerja kursus kita, pasti akan diselitkan soalan seperti

"Adakah anda gembira dengan hidup anda?"

A. Ya        B. Tidak

Menurut kajian psikologi dari barat, kalau ada orang menjawab (A. Ya), maka survey tersebut dilihat bias atau menipu, kerana orang yang menjawab soalan tersebut tidak serius.

Normal bagi seorang muslim yang baik untuk memilih (A. Ya) sebagai jawapan.

Ya percayalah, memang normal. Sering rakan dan perbincangan di sini berpesan,

"A good muslim is whenever a Muslim was tested with trial and tribulation, whether in hard time or easy time,  they believe its all are good for them. 


We believe, everything is from Allah, and regardless of the outcome, He knows best, while we do not no


And give reminder, as reminder is precious to a Believer".




em. em. :)



******************

SYUKUR & SEDAR

Zahari tersedar, mungkin ada orang yang lebih tidak bernasib baik darinya seperti exam yang lepas. Dia yakin, Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 untuk usaha telah pun dilunaskannya dengan cemerlang.

"Perkara lepas" getus Zahari,  dan kemudian menarik nafas dalam-dalam pula untuk mengubat kecewa hatinya.

Zahari melihat gred permarkahan untuk subjek tersebut.

........

A = 90-100
B = 80-89
........

Bila difikirkan, ada beberapa rakannya tidak mendapat B pada peperiksaan yang lepas. Dia perlu belajar bersyukur!


Puncak kekecewaan telah menurun dengan mendadak. Malah ianya menjadi pengajaran buatnya supaya lebih berhati lain kali.

Dia yakin, peperiksaan tanpa persediaan usaha yang jitu dan tawakal kepada Allah yang mantap menyebabkan dia tersalah menjawab soalan sahaja. Jika tidak, pasti gred subjek tersebut menjadi lebih parah!

Zahari menekan short cut contact di Iphone 4 nya.

"Hello"

"..abang tension la"..(sekadar gambar hiasan)

PERIKSA OH PERIKSA


"Hai sayang, abang tension la. exam tadi tercuai la.. 'careless mistake'.." kata Zahari pada aweknya.

"Takpe, ayang percaya abang dah buat yang terbaik.Ok, kita makan kat tempat biasa ek. Ayang belanja" manja melentok suara di sebelah sana membalas.


......

Ya, Zahari sangat  risau tidak mendapat gred A kerana kecuaian, selalu begini.

Peperiksaan dunia..


Peperiksaan akhirat? (satu bab dah FAIL!!huahuahua)

Masa untuk study sebelum ujian terakhir




(semoga Allah sentiasa memelihara kita semua.)

Bergantung harap

" Kau bergantung haraplah pada Allah, pasti tak kecewa. Kalau mengharap hanya kepada manusia, pasti hampa" bisik kecil hati...