Friday, September 02, 2011

Help me.

Need help..


Okay, if all possible non-reciprocal crosses were made among a group of shrunken mutants in maize, giving rise to 10 hybrids.  For each of the possible outcomes below, list the number of complementation groups (units of function) defined by the mutants in this collection.  The number of mutant hybrids is listed; you list the number of complementation groups.  

# mutant hybrids          # complementation groups
1                                                                   
2                                  
3                                  
4                           
6
9
10             

..... (x.x)~~~/..                    

Sunday, August 28, 2011

Lensa Jendela

"Wei, lambatnya taip"

sengaja mengusik ketika menunggu seorang lelaki membalas perbincangan kami dalam ruangan facebook chat.

"Aku ni menulis dari hati, sebab tu lambat., bukan macam ko tulis tak pikir", balasnya pula berang.

Ketawa sendiri  apabila membaca tulisannya itu yang mengambil 1 minit juga untuk di tulis.



TEORI ITU KALORI

Kami berbincang berkenaan soal jodoh. Sahabat ini meminta pandangan berkenaan perkahwinan. Alhamdulillah, mungkin kerana saya sudah beramal, dan bukan sekadar berteori, saya merasakan lebih tetap dalam memberi pandangan.

Banyak berteori kita hanya menambah kalori pemikiran.. lama kelamaan kita akan menjadi malas bertindak.

Tindakan itu perlu untuk membakar kalori tersebut kepada semangat, dan mungkin menjadikan otot pemikiran kita bertambah pejal, dan seterusnya mengelakkan dari menjadi hipokrit basi. :)

Kami bercerita perkara biasa, iaitu perihal cinta, dan hal kehidupan.

Kedua-duanya adalah komplementasi, seperti jujukan bebenang DNA helix. Jika ada bebenang sense 5'-3', maka adalah juga bebenang 3'-5'.

Itulah yang menjadikan kita seorang manusia. DNA, bukannya RNA semata-mata (retinya kita sudah menjadi protozua atau mungkin virus jika lebih ringkas dari RNA)



SUASANA.

Setahun berada di Malaysia tidak merajinkan saya menulis di blog. Pandangan saya, jika seseorang itu banyak menghabiskan masa di laman sesawang, maka kehidupan realitinya tidak sebesar mana. Ada pengecualian, tapi itu bukan majoriti okay?

Dan jika seseorang kurang menghabiskan masa di laman sesawang, ada kemungkinan kehidupan sosialnya dengan masyarakat itu lebih banyak.

Itulah yang terjadi sejurus saya pulang ke Malaysia pada bulan Ogos 2010. Kemudian berkahwin pada bulan Oktober, ber'sandar'an dengan Pusat pengajian pada bulan 12, ke Jepun pada bulan Januari, dan menyiapkan persediaan ke Gainesville pada bulan-bulan seterusnya.

Tanggungjawab baru itu digalas dengan penyesuaian secara perlahan-lahan. Ada kurang, tapi kita belajar dari kesilapan dan kekhilafan.

Memang sangat sibuk!





AKTIF KEMBALI

Mungkin suasana seperti tazkirah (peringatan) dari rakan sekeliling dan keluarga yang sentiasa berhubung menyebabkan saya tidak menulis banyak. Peringatan itu semasa di kampung halaman ada sentiasa.

Tapi bila berada di negara orang, banyak cabarannya, berbeza adat dan pandangan agama, rasa dan semangat untuk menukilkan itu datang semula. TULIS SEBAGAI PERINGATAN kepada diri sendiri, dan jika ada manfaat, mungkin boleh berkongsi.

Entah mengapa, setelah membaca penulisan saya sejak dari awal blog ini, perasaan sayu dan kasihan itu terasa.

Jika dibaca disebalik penulisan, ada jiwa yang sedang bergelut dengan suasana semasa, dan cuba untuk menetapkan aqidah dan taqwa.

Perasaan itu insyallah saya harap akan tetap subur, dan terus menjalar. Mungkin bukan dari lensa fadhli 2008-2010, tapi dari jendela baru penuh harapan bermakna.


-Anak murid tumpang belajar.- 

Saturday, August 27, 2011

Alisha Humaira

Salam,

Maaf kalau penulisan seperti puisi, 
dah menulis karangan sebelum ini, 
Seperti terlalu banyak untuk dituliskan, 
terlalu banyak untuk dikongsikan 

Menurut doktor dari pemeriksaan, 
jangkaan bayi dilahirkan adalah pada 20 Ogos 2011,
Dipendekkan cerita yang panjang,  
Tiket penerbangan  pada 15 Ogos 2011.
Yakinilah jodoh itu sudah tersurat di Luh Mahfuz  
Takdir Allah menemukan kita..
Alhamdulillah. 

Pagi sabtu 13 Ogos isteri mengadu sakit, 
Sejurus selepas suami sihat 5 hari demam dan sakit,
Selepas 6 jam menunggu diluar wad bersalin,
Bersama abah dan ma mertua serta mok,
Kurang 15 minit matahari diatas kepala,
tiba-tiba 'misi; berkata,
"Mana suami Tengku Fahima ye?"
Maka masuklah ke dalam wad mencari-cari,
dengan pelbagai perasaan bercampur di hati.
Ya Allah Ya Robbil Alamin, 
Permudahkanlah urusan hambaMu ini. 

Akhirnya duduk disisi isteri,
selama 15 minit paling panjang dalam hidup,
melihat isteri sedang dalam kepayahan,
Bersyukur aku ya Allah, 
Alhamdulilah selamat dilahirkan akhirnya, 
seorang puteri kecil pink yang kuat menangis.
dan seorang abah yang hampir menangis.
Alhamdulillah

Fathiah Athirah nama cadangan pada mulanya,
Kemudian terduduk keseorang termenung,
Fikir punya fikir punya fikir, 
Datang bisikan ilham membisik,
"Alisha Humaira, Alisha Humaira".. 
itulah namanya,
nama yang dipilih pada saat terakhir' 
puteri kesayangan kami berdua. 


Alhamdulillah.

Terima kasih Allah, 

Terima kasih ayang..



Selamat datang Alisha Humaira. 


Saturday, July 30, 2011

Seperti sebelum


Salam,

Seperti tahun sebelumnya..

Perkara yang bermanfaat tak boleh dilakukan bersama-sama dengan perkara yang lagha atau kurang berfaedah, sudah sifat makhluk tidak boleh melakukan dua perbuatan yang sama dalam satu masa.

Seperti seseorang yang tidak boleh DUDUK DIAM dalam pada masa yang sama BERGERAK BERJALAN/BERLARI. Tidak boleh JAGA dan pada masa yang sama TIDUR LENA. Tidak boleh SENYAP pada masa yang sama BERCAKAP RAMAH.



AIR + MINYAK=?

Sama seperti amalan apa jua, ibarat seperti minyak dan air hendaknya. Jika diberi pilihan samada mahu air penuh segelas atau minyak penuh segelas, mustahil secara lumrahnya ( kalau diberi enzim tertentu air boleh larut dalam minyak) air boleh memenuhi gelas tanpa membentuk sempadan dengan minyak, dan diantara sempadan itu ada kawasan yang samar-samar.

Kalau diberitahu apa amalan nak dibuat masa Ramadhan semua dah bijak, tak payah diajar, secara free boleh jumpa amalan-amalan ini dimana-mana, Bulan Al Quran diturunkan, amalan digandakan, ditutup pintu neraka dan dibuka pintu syurga seluas-luasnya.

POSA YOP!

Ramadhan yang penuh rahmat, mardhatillah dan baraqah ( apa-apa lagi la perkara yang baik). Berpuasa ini Allah kata untukNya, dan sebagai balasan akan dibalas dengan perkara yang lebih baik, yang kita sendiri tidak mengetahui apakah itu? Allah SWT Maha Mengetahui keperluan hamba2Nya.


KURANG

Kalau pakar pemakanan ( diatetik?) sarankan kurang makan makanan ringan dan makan banyak makanan seimbang, masa ini lah kita perlu kurangkan amalan yang lagha (ringan) dan ambil amalan yang sihat untuk RUH.

hurm.. tengah cuba nak kurangkan

1. YM
2. MSN
3. Facebook
4. Friendster
5. Blogging
6. Melayari internet.

Kerana pada masa yang terlabur untuk perkara diatas bukannya sikit. Kalau baca Quran mau Khatam 3 juzuk dah kau! Huhuhu, Insyallah, akan cuba kurangkan, mungkin seminggu sekali, cuba lihat macamana. Insyallah.

Bulan ramadhan adalah bulan untuk mencapai satu perkara terulung, yakni TAQWA. Jika mahu diet, cemerlang dalam akademik, sahsiah, banyak bersedekah, solat qiam dan banyak lagi amalan yang baik memerlukan TAQWA sebagai enjin.

Dengan kata lain, di hujung Ramadhan ini nanti, satu perkara yang dicapai ini (TAQWA) mampu merealisasikan apa juga cita-cita dan azam untuk Ramadhan dan bulan-bulan berikutnya.

kalau mahu target, mulakan dengan kecil dan remeh dahulu, dan baik pada masa yang sama mempunyai sasaran yang besar juga, seperti killing 2 birds with one stone?

Ok, Salam Ramadhan, dan selamat beramal~ :)

Tuesday, July 26, 2011

Tak terjangkau dek akalku

Salam

Beberapa persoalan untuk difikirkan, 

"Bolehkan seorang bayi yang berada dalam rahim seorang ibu mampu membayangkan apa yang berada dalam dunia? 

"Tidak?"

Adakah bayi tersebut boleh membayangkan terdapat nikmat, persekitaran yang lebih baik dari rahim ibunya semasa dalam kandungan?

"Tidak?" 

Bolehkan seorang bayi dalam kandungan membayangkan perihal pokok-pokok, ikan, padang rumput dan merasakan betapa enaknya angin sepoi-sepoi bahasa?

"Tidak?"



Sebagaimana seorang bayi berada dalam alam rahim tidak mampu memikirkan apa yang ada di alam dunia, sebegitulah kita yang kini berada dalam alam dunia tidak mampu memikirkan apa yang ada di alam akhirat.

Kan?

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. 

Monday, June 13, 2011

Muka Head

Salam,

Kali terakhir saya menjejaki ke Stesen Penyelidikan Mukahead adalah semasa tahun kedua ijazah pertama. Itu pun kerana terlibat dalam pengurusan orientasi Pelajar Tahun Pertama Sains Kajihayat.

Semenjak kawasan tersebut dinaik taraf sebagai Taman Negara (yang terkecil di dunia!), jika tidak disebabkan oleh kawan saya Arif, housemate masa kat UF datang melawat, tak mungkin akan terfikir untuk menjejaki kaki ke sini lagi dalam masa terdekat.

Biasalah orang datang melancong, kenalah tunjuk yang Penang ni pulau yang banyak attractions! walaupun secara jujurnya macam takde benda je kat penang ni. hahaha

IMG_2160

inilah pejabat Taman Negera yang dulu tak pernah ada. ada hutan saja.

 

IMG_2216

Arif dan ibunya. Tetamu dari jauh. sanggup memilih Penang dari Langkawi semata-mata ada aku kat sini. ish ish, terharu bercampur kasihan..

IMG_2258

Selepas mendaftar nama di Pejabat Ranjer (yang telah diupgrade ditempat baru), kami pun tracking.. ia lebih mudah dengan pembinaan jambatan dikawasan cerun dan curam.

Em, beruntung la sangat sapa bleh tracking la ni Dulu? Jangan cerita.. (*O*)

IMG_2232

Pandangan ke belakang setelah 10 minit tracking. Berbekalkan peta (Seperti peta orang kenduri kawin, takde skala, cuma letak anggaran berapa minit perjalanan (>#<).

Pada mulanya nak ambil bot ke pantai kerachut. RM80 ye untuk satu bot, yang muat untuk 8 orang. Depa juga ada package untuk BBQ (bayar lebih sikit la)..

Tapi kami tak ambik, sebab nak tour penang cepat2, dan Arif tak mau.. ada aku kesah?haha

 

IMG_2233

Memang best la pada awal tracking tu. Banyak sungguh buaian. perjalan ke Sungai Tukun yang sepatutnya 15 minit menjadi 30 minit gara-gara seronok bermain permainan ini.

Lagipun mak Arif ikut sama. Slow and steady.. Open-mouthed smile

 

IMG_2270

Alhamdulilah selepas 1 jam tracking, sampai kami di Muka Head. Pantainya landai, dan seperti dijangka, sememangnya takde orang pun.

Kami bertiga sahaja menguasai pantai. har har har~(gambar dari exit tracking)

 

IMG_2272

Sememangnya berbaloi lebih dari Batu Feringgi dan Tanjung bunga. Sangat Privasi, seperti pantai ini ana sudah tempahlah.

Landainya sehingga paras pinggang air laut sampai ke hujung jeti. (dari lensa exit tracking). Ada beberapa hamba Allah melepasi kami tetapi tidak berhenti, meneruskan perjalanan ke Pantai Kerachut mungkin. Smile

IMG_2285

Snap sebelum berkubang. Mak Arif melambai-lambai risaukan kami risau kami agak ketengah laut. (tengah pun masih cetek ). Selepas berkubang, kami pun pulang.

IMG_2305

Ibu Arif dengan posing Kabhi Khusyi Kabi Gham semasa perjalanan pulang. Memang penat bagi wanita seperti dia.

Menurutnya, dia pernah melewati Tembok Besar China, kerana itulah kami konfiden bawa beliau bersama. Terlupa kisah itu 10 tahun lepas yang punya. Tarik nafas dalam-dalam puan!

Antara perkara yang agak terkilan la, harga tiket Penang Hill yang sangat berbeza berbanding pemegang Mykad (RM8 dewasa) dan tanpa Mykad (RM40). Mahal sangat tu Yop. Paham dah TOurism~

Kedua, semasa gi Taman Rimba Teluk Bahang. Pintu gatenya tertutup dan tertulis (kencing tikus) dalam banyak-banyak perkataan. Hui, bahaya ni!

Sepanjang 2 hari menjadi pemandu pelancong, ia memang meletihkan, tapi menyeronokkan. Sebab orang ziarah, kira sama melancong sekalilah. Open-mouthed smile

Alhamdulillah!

Thursday, April 14, 2011

Wahai ulat, jadilah rama-rama. :)

Salam,

Tergerak hati untuk menulis berkenaan ulat buku. Tidak berapa lama dahulu saya dihubungi oleh junior untuk turut serta menyertai sebagai ahli panel dalam forum berkenaan ulat buku. Malangnya saya tidak dapat memenuhi permintaan tersebut.

Tambahan pula, saya bukannya jenis suka menerima kerja saat terakhir. :D

Apa yang saya tulis mungkin ada benarnya dan tidak, sedikit sebanyak saya sertakan sebabnya mengapa saya menulis begitu. Insyallah dari pengalaman dan kefahaman yang terhad yang diringkaskan, saya berharap dapat memberi manfaat bersama.

"ni pok chik nak citer"..


IJAZAH


"Kalau saya sakit gigi, siapa yang perlu saya jumpa?" ujar Syeikh Sylvester selepas memulakan muqadimah untuk kelas Sunan Ibn Majahnya.

"Doktor gigi~" jawap hadirin yang hadir manja seperti kanak-kanak tadika. Tersenyum Syeikh yang berdarah Caucasian itu menampakkan giginya yang ditampalnya sendiri.

"Kenapa saya tak boleh berjumpa dengan Ustaz ke, Mekanik atau Lawyer? Salahkah?" tanya Syeikh kembali kepada hadirin. Senyap saja kami semua. Kemudian beliau meneruskan lagi.

"Begitulah, kalau sakit gigi jumpa Dr gigi. Kalau kereta rosak jumpa mekanik. Kalau nak ambil jurusan perubatan, perlulah mengambil Ijazah perubatan."

Menurut beliau lagi, Ijazah itu di kurniakan oleh pihak yang mempunyai autoriti dalam bidang tersebut. Begitu jugalah dalam memahami Sunan Ibn Majah (dalam kes ini), perlulah dirujuk kepada mereka yang berkelayakan.

Yakni, dari beliau yang telah mempelajar Sunan tersebut dari gurunya, dan dari guru kepada  gurunya, sehingga sampai riwayatnya kepada Nabi Muhammad saw.

Bukannya bila ditanya dari mana, jawabnya mungkin hanya, "Pustaka Salam, Dewan Bahasa & Pustaka, Stormriders" (Contoh ye, jangan saman. :P)

Fikiran saya tersentak.

Benar sungguh displin ilmu tersebut dalam menjaga 'kesucian' ilmu supaya tidak tercemar oleh orang yang tidak mempelajarinya secara tertib, dan menggunakan ilmu tersebut seolah-olah dialah ahlinya!



ilmu itu berkembang dari akal yang suka berfikir dan lidah yang suka bertanya




BUKU



Membaca adalah amalan yang amat mulia dan baik. Namun membaca tidaklah menjadikan pembaca itu seorang yang pakar dan mampu berbahas secara lantang dari pembacaannya itu.

Seperti seorang yang membaca berkaitan tentang Polymerase Chain Reaction (PCR). Dari pembacaannya diketahui teori bahawa proses ini melibatkan duplikasi bebenang DNA menggunakan primer spesifik, beberapa kitaran yang melibatkan3 peringkat dalam suhu yang berbeza.

Secara umumnya, teknik ini terdapat dalam buku, dan biasa digunakan dalam penyelidikan. Namun pada masa yang sama, seorang yang hanya MEMBACA berkaitan PCR tidak mungkin boleh menandingi mereka yang sudah MENGGUNAKAN teknik ini, dengan beranggapan kedua-dua individu ini juga membaca.

Ingatkah kata-kata saidina Ali r.a; Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Hal ini sama bersamaan dengan membaca. Menjadi ulat buku dengan banyak membaca hanya menyuburkan pohon ilmu menjadi sihat dan rendang, tapi tak berbuah.

hanya yang benar-benar ahli dalam bidang ini mampu menterjemahkan graf ini dengan betul dan benar.



KERETA


Tahu memandu kereta?

Em, ada baca la buku pemanduannya. Senang je bawak keta ni. Biasa bawak gi pekan

Oh, dah ada lesen dah, bagus la.

Eh, lesen takde. Tapi tak semestinya takde lesen tu tak pandai bawak keta kan?

Err..

Memang. Kadang-kadang mereka yang membaca dan menuntut ilmu secara tidak bertauliah ini nampaknya seperti bijak dan bernas sekali.

Hujahnya padat. Aliran sains, tapi berhujah boleh mengalahkan graduan Al Azhar (contoh).

Ingin menuntut agama, sekadar guru You tube, facebook dan google tidak memadai. Paling indah adalah bersemuka mata, menuntut satu- persatu, memenuhi rukun menuntut ilmu; ada pengajar, pelajar dan majlis.



ilmu manusia yang dikatakan tidak sampai setitis air dari 7 lautan?


Doakan Allah berikan kita hidayah, keinginan dan kesungguhan untuk berguru ilmu.

Begitulah agaknya.. biar elok ulat menjadi rama-rama, bukannya menjadi ulat kekal selama-lama!

Bergantung harap

" Kau bergantung haraplah pada Allah, pasti tak kecewa. Kalau mengharap hanya kepada manusia, pasti hampa" bisik kecil hati...