Bencilah dosa, bukan pendosa, dengan itu kita melihat semua orang baik belaka, kemudian mampu berbaik sangka, dan senang mendengar nasihat, walaupun dari sejahat-jahat manusia. Yakin semua itu dari Allah. \(^;^)/
Saturday, August 27, 2011
Alisha Humaira
Saturday, July 30, 2011
Seperti sebelum
Tuesday, July 26, 2011
Tak terjangkau dek akalku
Monday, June 13, 2011
Muka Head
Salam,
Kali terakhir saya menjejaki ke Stesen Penyelidikan Mukahead adalah semasa tahun kedua ijazah pertama. Itu pun kerana terlibat dalam pengurusan orientasi Pelajar Tahun Pertama Sains Kajihayat.
Semenjak kawasan tersebut dinaik taraf sebagai Taman Negara (yang terkecil di dunia!), jika tidak disebabkan oleh kawan saya Arif, housemate masa kat UF datang melawat, tak mungkin akan terfikir untuk menjejaki kaki ke sini lagi dalam masa terdekat.
Biasalah orang datang melancong, kenalah tunjuk yang Penang ni pulau yang banyak attractions! walaupun secara jujurnya macam takde benda je kat penang ni. hahaha
inilah pejabat Taman Negera yang dulu tak pernah ada. ada hutan saja.
Arif dan ibunya. Tetamu dari jauh. sanggup memilih Penang dari Langkawi semata-mata ada aku kat sini. ish ish, terharu bercampur kasihan..
Selepas mendaftar nama di Pejabat Ranjer (yang telah diupgrade ditempat baru), kami pun tracking.. ia lebih mudah dengan pembinaan jambatan dikawasan cerun dan curam.
Em, beruntung la sangat sapa bleh tracking la ni Dulu? Jangan cerita.. (*O*)
Pandangan ke belakang setelah 10 minit tracking. Berbekalkan peta (Seperti peta orang kenduri kawin, takde skala, cuma letak anggaran berapa minit perjalanan (>#<).
Pada mulanya nak ambil bot ke pantai kerachut. RM80 ye untuk satu bot, yang muat untuk 8 orang. Depa juga ada package untuk BBQ (bayar lebih sikit la)..
Tapi kami tak ambik, sebab nak tour penang cepat2, dan Arif tak mau.. ada aku kesah?haha
Memang best la pada awal tracking tu. Banyak sungguh buaian. perjalan ke Sungai Tukun yang sepatutnya 15 minit menjadi 30 minit gara-gara seronok bermain permainan ini.
Lagipun mak Arif ikut sama. Slow and steady..
Alhamdulilah selepas 1 jam tracking, sampai kami di Muka Head. Pantainya landai, dan seperti dijangka, sememangnya takde orang pun.
Kami bertiga sahaja menguasai pantai. har har har~(gambar dari exit tracking)
Sememangnya berbaloi lebih dari Batu Feringgi dan Tanjung bunga. Sangat Privasi, seperti pantai ini ana sudah tempahlah.
Landainya sehingga paras pinggang air laut sampai ke hujung jeti. (dari lensa exit tracking). Ada beberapa hamba Allah melepasi kami tetapi tidak berhenti, meneruskan perjalanan ke Pantai Kerachut mungkin.
Snap sebelum berkubang. Mak Arif melambai-lambai risaukan kami risau kami agak ketengah laut. (tengah pun masih cetek ). Selepas berkubang, kami pun pulang.
Ibu Arif dengan posing Kabhi Khusyi Kabi Gham semasa perjalanan pulang. Memang penat bagi wanita seperti dia.
Menurutnya, dia pernah melewati Tembok Besar China, kerana itulah kami konfiden bawa beliau bersama. Terlupa kisah itu 10 tahun lepas yang punya. Tarik nafas dalam-dalam puan!
Antara perkara yang agak terkilan la, harga tiket Penang Hill yang sangat berbeza berbanding pemegang Mykad (RM8 dewasa) dan tanpa Mykad (RM40). Mahal sangat tu Yop. Paham dah TOurism~
Kedua, semasa gi Taman Rimba Teluk Bahang. Pintu gatenya tertutup dan tertulis (kencing tikus) dalam banyak-banyak perkataan. Hui, bahaya ni!
Sepanjang 2 hari menjadi pemandu pelancong, ia memang meletihkan, tapi menyeronokkan. Sebab orang ziarah, kira sama melancong sekalilah.
Alhamdulillah!
Thursday, April 14, 2011
Wahai ulat, jadilah rama-rama. :)
Tergerak hati untuk menulis berkenaan ulat buku. Tidak berapa lama dahulu saya dihubungi oleh junior untuk turut serta menyertai sebagai ahli panel dalam forum berkenaan ulat buku. Malangnya saya tidak dapat memenuhi permintaan tersebut.
Tambahan pula, saya bukannya jenis suka menerima kerja saat terakhir. :D
Apa yang saya tulis mungkin ada benarnya dan tidak, sedikit sebanyak saya sertakan sebabnya mengapa saya menulis begitu. Insyallah dari pengalaman dan kefahaman yang terhad yang diringkaskan, saya berharap dapat memberi manfaat bersama.
| "ni pok chik nak citer".. |
"Kalau saya sakit gigi, siapa yang perlu saya jumpa?" ujar Syeikh Sylvester selepas memulakan muqadimah untuk kelas Sunan Ibn Majahnya.
"Doktor gigi~" jawap hadirin yang hadir manja seperti kanak-kanak tadika. Tersenyum Syeikh yang berdarah Caucasian itu menampakkan giginya yang ditampalnya sendiri.
"Kenapa saya tak boleh berjumpa dengan Ustaz ke, Mekanik atau Lawyer? Salahkah?" tanya Syeikh kembali kepada hadirin. Senyap saja kami semua. Kemudian beliau meneruskan lagi.
"Begitulah, kalau sakit gigi jumpa Dr gigi. Kalau kereta rosak jumpa mekanik. Kalau nak ambil jurusan perubatan, perlulah mengambil Ijazah perubatan."
Menurut beliau lagi, Ijazah itu di kurniakan oleh pihak yang mempunyai autoriti dalam bidang tersebut. Begitu jugalah dalam memahami Sunan Ibn Majah (dalam kes ini), perlulah dirujuk kepada mereka yang berkelayakan.
Yakni, dari beliau yang telah mempelajar Sunan tersebut dari gurunya, dan dari guru kepada gurunya, sehingga sampai riwayatnya kepada Nabi Muhammad saw.
Bukannya bila ditanya dari mana, jawabnya mungkin hanya, "Pustaka Salam, Dewan Bahasa & Pustaka, Stormriders" (Contoh ye, jangan saman. :P)
Fikiran saya tersentak.
Benar sungguh displin ilmu tersebut dalam menjaga 'kesucian' ilmu supaya tidak tercemar oleh orang yang tidak mempelajarinya secara tertib, dan menggunakan ilmu tersebut seolah-olah dialah ahlinya!
| ilmu itu berkembang dari akal yang suka berfikir dan lidah yang suka bertanya |
Membaca adalah amalan yang amat mulia dan baik. Namun membaca tidaklah menjadikan pembaca itu seorang yang pakar dan mampu berbahas secara lantang dari pembacaannya itu.
Seperti seorang yang membaca berkaitan tentang Polymerase Chain Reaction (PCR). Dari pembacaannya diketahui teori bahawa proses ini melibatkan duplikasi bebenang DNA menggunakan primer spesifik, beberapa kitaran yang melibatkan3 peringkat dalam suhu yang berbeza.
Secara umumnya, teknik ini terdapat dalam buku, dan biasa digunakan dalam penyelidikan. Namun pada masa yang sama, seorang yang hanya MEMBACA berkaitan PCR tidak mungkin boleh menandingi mereka yang sudah MENGGUNAKAN teknik ini, dengan beranggapan kedua-dua individu ini juga membaca.
Ingatkah kata-kata saidina Ali r.a; Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Hal ini sama bersamaan dengan membaca. Menjadi ulat buku dengan banyak membaca hanya menyuburkan pohon ilmu menjadi sihat dan rendang, tapi tak berbuah.
| hanya yang benar-benar ahli dalam bidang ini mampu menterjemahkan graf ini dengan betul dan benar. |
KERETA
Tahu memandu kereta?
Em, ada baca la buku pemanduannya. Senang je bawak keta ni. Biasa bawak gi pekan
Oh, dah ada lesen dah, bagus la.
Eh, lesen takde. Tapi tak semestinya takde lesen tu tak pandai bawak keta kan?
Err..
Memang. Kadang-kadang mereka yang membaca dan menuntut ilmu secara tidak bertauliah ini nampaknya seperti bijak dan bernas sekali.
Hujahnya padat. Aliran sains, tapi berhujah boleh mengalahkan graduan Al Azhar (contoh).
Ingin menuntut agama, sekadar guru You tube, facebook dan google tidak memadai. Paling indah adalah bersemuka mata, menuntut satu- persatu, memenuhi rukun menuntut ilmu; ada pengajar, pelajar dan majlis.
| ilmu manusia yang dikatakan tidak sampai setitis air dari 7 lautan? |
Doakan Allah berikan kita hidayah, keinginan dan kesungguhan untuk berguru ilmu.
Begitulah agaknya.. biar elok ulat menjadi rama-rama, bukannya menjadi ulat kekal selama-lama!
Sunday, March 20, 2011
Orang ketiga.
Aktiviti berblogging sudah menjadi sangat perlahan semenjak dua menjak ini. Sebenarnya niat untuk berblogging pada awal- awal lagi adalah lebih kepada peringatan untuk diri sendiri.. tazkirah dan pesanan supaya diri tidak lupa. Maklumlah diri sudah berada di rantau orang, Negara Jepun mungkin tidak lagi dalam bertimbangan untuk phd. Sangat bersimpati dengan mangsa Tsunami dan gempa bumi. Semoga Allah berikan mereka hidayah, dan mampu pulih semula. Pencemaran radioaktif membuat fikiran berada dalam dilema. Maaf Umeda dan Maki Sensei, mungkin jodoh phdku bukan di Harajuku.
Alhamdulillah, rezeki bakal anak mungkin, akan kembali semula ke UF pada tahun ini. Semoga dipermudahkan Allah urusan. Semoga ayahnya ini menjadi lebih baik dan maju kehadapan. Sudah tiba masanya memberikan zaman keanak-anakan ini kepada orang yang lebih berhak. Kepada orang ketiga yang cilik. :)
Tuesday, February 01, 2011
nak cuba..
I understand the circumstances of my action by deactivating my fb account, but still I would like to try it.
Okay, this is a challenge for me and my wife, to see how long we can competing on deactivated the account.
Its already almost one day since the event, and hoping by the time, we can re-evaluate the time we use on fb, and use time more efficiently.
I'm just a normal person, without me, no different will it make on fb. But my social live definitely will be different!
Till then, have a good one!
Bergantung harap
" Kau bergantung haraplah pada Allah, pasti tak kecewa. Kalau mengharap hanya kepada manusia, pasti hampa" bisik kecil hati...
-
Saya tidak dapat menahan diri dari berkongsi sesuatu dengan sahabat semua. Meskipun kebanyakan entry di blog-blog lain ditulis dengan baha...
-
Sememangnya lidah ini lebih tajam dari pedang. dan mata pena juga lebih tajam dari mata pedang. Lidah dan pena. Lebih ampuh dari pedang? D...


