Mabruk! \(^;^)/
Bencilah dosa, bukan pendosa, dengan itu kita melihat semua orang baik belaka, kemudian mampu berbaik sangka, dan senang mendengar nasihat, walaupun dari sejahat-jahat manusia. Yakin semua itu dari Allah. \(^;^)/
Saturday, June 26, 2010
Thursday, June 24, 2010
Saleem majnun
Saleem mengeluh lagi hari itu. Sejak mengenalinya 6 bulan yang lalu, hampir setiap kali dia membuka suara, pasti dia akan berkata, “Saya rindukannya akhi”
Sekadar lafaz sahaja. Puas kami memujuk Saleem supaya bertindak cerdas. Nyatakan hasratnya melalui perbuatan, bukan berulang-ulang memberitahu kami perkara yang kami tidak dapat ubah melainkan Saleem. Tidak betah rasanya memberi nasihat yang sama berulang-ulang kali.
Kami faham, Atikah yang dari Saudi dan Saleem dari negara yang berjiran dengan India agak jauh dari segi budaya, tetapi di USA segalanya mungkin. Mungkin rasa inferior bila melihat solehan Atikah yang kini sedang melanjutkan pelajaran dalam phd, dan merasakan dirinya yang akan tamat ijazah tidak lama lagi membelenggu. Saleem bukannya tiada matlamat hidup, insyallah dia akan pulang ke negara kelahirannya untuk meneruskan bisnes keluarga. Bukan cikai-cikai punya.
Tidak dapat dinafikan, setiap Hawa ada Adamnya, dan setiap Adam ada Hawa, Hawa, Hawa dan Hawanya.. :)) Pencarian setiap pasangan dalam hidup adalah seperti sunnah Adam dan Hawa yang telah dicampakan ke dunia di dua tempat yang berasingan.
Ya! Saleem perlu bertindak!.
Laila dan Majnun
Orang yang jatuh cinta itu seperti orang yang mabuk-mabuk. Jika datang dekat, dan diberi rasional keadaan dan kaedah, segala pesanan itu akan dimuntahkannya kembali. Seperti kisah Kais yang amat menyintai Laila.
Satu hari orang ketika sedang sedang solat, datang kais melalui lalu berkata, “Laila.. Laila”. Sehabis sahaja solat, datang beberapa jemaah bertemu Kais dan berkata,
“Wahai Kais, tak nampakkah kamu yang kami sedang solat? Mengapa mengeluh sebegitu? Anda mengganggu solat kami!”
bentak salah seorang jemaah dengan marahnya.
Kais yang masih mabuk cinta itu pun berkata, “Wah, ini sangat pelik wahai saudaraku.. kerana bicara cintaku pada Laila lebih kuat dari kekhusyukan solat kamu kepada Maha Pencipta!”
Berlalu terus pergi Kais meninggalkan para jemaah itu yang dalam keadaan terpinga-pinga.
YANG MANA SATU?
Benar, Atikah yang dirindui secara diam oleh Saleem menepati beberapa ciri umum yang baik untuk dijadikan calon isteri. Sememangnya dari pandangan jatuh ke hati. Ada dua kategori yang saya dapat simpulkan disini. Kategori pertama, wanita yang apabila kita melihatnya, terus akan teringat Allah (bukan teringat, owh~ cunnya! menarik! cantik baju dia! ~).
Apa yang dizahirkan oleh penampilan, itulah nilaian kefahaman. Niat itu tidak termampu kita menilai, seperti kata Ibnu Mas’ud, ramai manusia mempunyai NIAT yang baik, tetapi tidak ramai yang mampu menyampaikannya dengan baik dalam bentuk perbuatan. Kerana itulah segala ganjaran dan hukuman kita dilandaskan atas perbuatan, bukannya niat.
Kategori kedua tidak dapat dilihat kebaikan dari agamanya dari segi penampilan, tetapi bila mula berdialog atau berbicara, terserlahlah kefahaman dan keintelekkannya dalam memahami saranan agama. Mereka inilah wanita yang mempunyai potensi. Agama seorang wanita itu bergantung kepada suaminya.
Sebaik mana pun wanita itu sebelum bernikah, jika ditakdirkan dimiliki oleh seorang yang bukan sahaja tidak mampu menghargai yang diibaratkan seperti tulang rusuk itu, malah lebih membengkokkan yang sedia lurus @ kurang bengkok, akan mengundang musibah kepada wanita.
TEMUDUGA.
“Ya, encik, jika saya dapat kerja ini, saya berjanji akan memberi komitmen sepenuhnya kepada syarikat!” bersungguh-sungguh Johan mengiyakan janjinya semasa sesi temuduga itu.
Tetapi selepas beberapa tahun berlalu, Johan mula mengeluh, mencuri tulang, ponteng (worst case scenario la ni, tak semua cam ni ye) berbeza dari apa yang dijanjikan mula-mula dahulu semasa temuduga.
Kisah sebelum perkahwinan pun begitu juga. Semasa bertunang, sentiasa benchmark untuk berubah diletakkan selepas berkahwin,
“Nanti lepas kahwin, barulah I nak pakai tudung.. lepas kahwin, begitu dan begini” Panjang sungguh janji. Semua disandarkan kepada “Saya mengharapkan bimbingan awak wahai bakal suami”.
Bukan apa, takut apa yang dijanji hanya tinggal janji. Kasihan kepada pasangan. Yang diharapkan adalah potensi yang menjadi kenyataan , bukan harapan hanya tinggal impian
Benar itu tanggungjawab suami. Persoalannya, adakah mudah untuk menghargai tulang rusuk yang kurang kalsium. Sentuh sikit patahh, tak habis- habis patah. Tak fleksibel lansung. Hanya cantik untuk pandangan. Nice to see and nice to hold but if its broken consider sold! (hahaha, pe kaitan?)
Bakal pasangan (lelaki dan wanita), silalah berubahlah hari ini juga, kenapa perlu tunggu NANTI?
ps: Saleem juga tidak putus-putus menyuruh saya memperkenalkan mana-mana wanita yang baik dari Malaysia. Adik-adik perempuannya belajar di UIA. Kepada yang berminat, sila hubungi saya, ok? :D
Tuesday, June 22, 2010
Thank you, a wish is a doa (du’a)
salam,
I would like to thank all of my friends who wishes me good luck before the defense. It did help to increase my confident by 30%? It was posted about 12 hours before my defense, and only after next day I able to reply all. Thank god, my studies here is over. Need to pack up my stuff and heading back home on August and celebrate Ramadhan with family after two years.
There’s a lot to share actually, but let me finish thesis writing and journal obligations first, then I will start writing again. Yes, its all were past experiences, which I learned and observed from mistakes of my and others.
jazakallah (thank you) to everyone again. Lets keep in touch!
Sunday, June 20, 2010
Saturday, May 15, 2010
Selamat Pagi Cikgu~
Pagi yang sejuk dan berembun, berpusu2 kanak2 sekolah rendah ke sekolah sebelum loceng pertama 730am dibunyikan. Kelihatan van, bas, kereta dan motosikal berpusu2 memenuhi lorong ke sekolah itu seperti pasar malam hendaknya.
Sebiji moto Honda 70 membawa hingga 3 penumpang termasuk penunggang sekali. 2 lagi penumpang cilik.
“Salam abah, salam”. Kata Pak Mat pada anak2nya itu, setelah berhenti berhampiran dengan pintu gate.
Akak dan abang menyusuli di belakang dengan basikal masing2, melepasi adik2 mereka sambil membunyikan loceng basikal dan tersenyum. Adik2 yang melihat “cemburu” & berazam untuk “mewarisi” basikal itu suatu hari nanti. Cita2 pendek, telatah dunia mereka sendiri.
“Ni, belanja sekolah, jimat duit. Apa cikgu ajar dengar, jangan nakal2, yang penting sekali belajar bersunguh2 biar jadi anak soleh”.
Pesan Pak Mat kepada 2 beradik itu. Wajahnya letih sedikit kerana bekerja syif malam.
Alah bisa tegal biasa. Cinta ibu membawa ke syurga, kasih ayahnda bekorban nyawa..
Mengangguk sicilik tersebut sambil tersenyum, lalu bersalam dan mencium tangan ayahnya. Terus berlari mendapatkan “geng2” yang menunggu dipintu pagar.
KRINGG~!
Riuh rendah murid2 semua bersembang tentang istimewanya hari ini.
HARI INI HARI GURU.
“Peranan guru tidak terhad dalam meningkatkan akademik profile, sahsiah & nilai pada pelajar, dan berperanan lebih dari itu.” kata guru besar dalam ucapan alu aluannya di pagi itu, bersemangat setelah menyanyikan lagu wajib untuk hari istimewa ini.
Hari ini kelas separuh hari. Pelajar semua hanya tersenyum. Lepas ni makan free~ hehehe. yea~ (bersorak mereka sambil membawa pinggan dan cawan kosong ditangan).
GURU-KU?
Usman Awang (1979) dalam sajaknya ada menukilkan , tak kira apa jawatan cita2 yang diperolehi samada peguam, doktor, hatta Perdana Menteri, mahupun Angkasawan negara (ni aku tambah), semua itu bermula dari seorang GURU yang nampak biasa, tetapi hakikatnya LUAR BIASA.
4 golongan yang tidak dihisab semasa hari kiamat, akan dihakimi oleh Jibrail a.s atas izin Allah untuk menyelesaikan perbalahan “Who Gonna Be 1st To Enter Heaven”.
Guru yang mengajar agama Islam; (salam/ sejahtera; kehidupan mengikut syariat Allah) akan didahulukan pandangannya untuk memasuki syurga diantara 4 golongan; orang mati syahid dijalan Allah, orang yang mengerjakan Haji Mabrur, penderma yang ikhlas, dan orang alim yang mempunyai ilmu (guru).
Tapi akhirnya setelah ditanya secara seorang demi seorang, yang alim berkata berilah orang yang menderma itu masuk dahulu, kerana dengan dermanya membolehkan dia menuntut ilmu.
Maka masuklah orang yang suka menderma itu diikuti dengan golongan lain.
AMANAH RAYA
Membantu orang menuntut ilmu itu adalah JIHAD FISABILILLAH (berjuang di jalan Allah), terutama dalam ilmu agama dan fardu kifayah. KPT naikkan elaun lagi, besar pahala. keh3.
Dalam pembentukan MODAL INSAN, ia tidak terpikul kepada guru yang berjawatan guru sahaja. Ibubapa @ masyarakat tidak harus menunding jari telunjuk kepada mereka ini sahaja, dan terlupa 4 jari lagi menunding ke arah diri sendiri.
Amanah ini besar (raya), terutama dalam Sekolah Kehidupan. Semua ada peranan, berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran.
“Sekali mengajarku satu ilmu, selama2nya akan menjadi guru pada aku.” Ingatkan bait kata siapakah ini?…
Semua orang bleh menjadi guru, tak kiralah apa posisi kita; asalkan taklifan MANUSIA itu tercalit pada DNA kita. Kromosom 22 pasang yang punya~bukan Ahmad Albab yang punya. hahaha.
Pesan RSAW,
“Jadilah engkau orang alim (yang mengajar) atau orang yang belajar atau orang yang mendengar (pelajaran). Janganlah engkau menjadi orang yang keempat, akan rosaklah engkau.”
*********************************************************************
Selepas loceng waktu terakhir berbunyi.
“Bangunnnnnnnnnnn!”
“Te-rimaaa kaa-sih cik-gu!” kata ketua kelas.
Semua murid mengikut sama.
Bergema…
Ucapan dan gema yang sama saya berikan kepada guru2 di SRK Teluk Buluh, SMK Hutan Melintang, Matrikulasi Taj, USM, UPSI & semua insan yang pernah / akan menjadi “GURU” dalam kehidupan saya (termasuk pengomen dalam blog ini).
Baraqallahufiwalakum.
Benar, jika ada yang saya mahu masuk syurga, adalah anda semua. Saya doa2kan. Ameen.
Semua bersama2. Insyallah.
SELAMAT HARI GURU MALAYSIA~!
\(^;^)/- anak murid tumpang belajar- SENTIASA.
Wednesday, May 12, 2010
Sunday at Tampa -->
Salam,
GO~ GO 1
Last Sunday, we, 7 brothers from Gainesville attended a workshop at Tampa by Dr Ali Shehata. The workshop is entitled “The Purification of the Soul”. It was a 5 hours lecture with a short break every one hour.
one person is missing because he took the pic. We are the earliest brothers arrived and unfortunately all of us kind of reserved to ask help from sister. :))
The topics cover in his lecture are
Part 1; Who am I?, We are here to learn so as to act!, The importance of purification.
Part 2; Tazkiyyah, Examples of Humility in worship, signs of the healthy and diseased heart.
Part 3; * signs of diseased heart, A Billion rewards in second, what is arrogance
Part 4; Arrogance, a paradox, our deeds is acceptable, a story, who is the worst than Iblis and Pharaoh, Do you wish Allah forgive you, How did it come to this
Part 5; Treating the diseases that affected sincerity, attaining sincerity, tawbah, sign of weak and deficient repentance, signs of accepted repentance, Ridaa- to be content with Allah, why do bad things happen to good people, misconceptions regarding Ridaa.
http://www.fileswap.com/share/3472da0a0b5ee8982fb0e69d4ec892a0/purificationofthesoul.zip.html
Feel free to download the recording and distributed to others. Normally people pay hundreds for this class, and the workshop is only a spice of AlMagrib foundation is. They also organize two weeks course of ‘The Fiqh of Salah (Solah)”.
Nor the lecture or the place content me most, but the interaction between the speaker and the participants are really amaze me. Questions were asked by brothers and sister like astray bullets (by the way, the sister outnumbers the brother; well, it happen everywhere). 5 hours lecture seems ended really fast, and most of us still hunger more!
This workshop began at 10 am and ended at ~5pm. Oh, there are not many pictures during the event because of the sister numbers. Anywhere we focus our lenses, there always be sister. So, as ‘the purificantion of soul’ as the workshop it is, we decided to keep the pictures for the next hang out.
GO~ GO 2
After that, we went to Clearwater beach. Luckily, the condition turned out better than we were expected. Even though the beach was preoccupied by peoples, but most of them came in family; 40-ish couples, with their primary school age children.
A futsal match between Hadi, me, Rafe, Aslam, Hassan, and Jaffer were just amazing. Taoofek just lay down nearby while reading books (yes, he is the 4.0 student!). It is true that our skill is not at the top, but it is enough to make people stop and watch. At the second time of the match, 2 young teenagers joined the games and make it more interesting.
One hour have passed, nice smooth breeze and lovely sound of waves make the beach very scenic during the sunset. Jaffer and me ran to the sea with his floating board? (not surfboard). It was a new experience for me. Floating board is really fun! We were just like a child playing with the waves for almost one hour.The time is approximately around 9pm, and we had dinner by ordered some nice Indian food (kabab, biryani etc) from Sabri / Kabab House restaurant, and have our dinner after Jama Takhir at the same place for the workshop before.
I’m not sure what happen along the way ‘cause I was sleeping at the back seat. Anyway brothers; Hassan, Hadi, Rafe, Taoofek, Jaffer and Aslam, this hanging out is really a precious moment to remember as the best hang out ever ! jazakkallhukhair
فضل عطري
Saturday, May 08, 2010
Gambar lama.
Salam,
Dalam mengubati kerinduan dengan keluarga, saya menyelak album lama di laptop. Gambar saya semasa kecil tidak banyak, mula banyak bergambar apabila berada di sekolah rendah, apabila keluarga kami memiliki kamera yang pertama.
Mungkin pada masa itu, gambar seperti atas hanya diambil untuk waktu istimewa. Tidak banyak kerana kosnya tidak murah, tapi itulah yang ada.
Kini, bayi-bayi yang dilahirkan pada zaman IT ini journal setiap detik pembesaran direkod samada gambar atau video, terutama untuk anak yang pertama.
Sekadar perkongsian kecil. Gambar hanya satu, tetapi memori beribu. :D
sekian.
فضل عطري
Bergantung harap
" Kau bergantung haraplah pada Allah, pasti tak kecewa. Kalau mengharap hanya kepada manusia, pasti hampa" bisik kecil hati...
-
Saya tidak dapat menahan diri dari berkongsi sesuatu dengan sahabat semua. Meskipun kebanyakan entry di blog-blog lain ditulis dengan baha...
-
Sememangnya lidah ini lebih tajam dari pedang. dan mata pena juga lebih tajam dari mata pedang. Lidah dan pena. Lebih ampuh dari pedang? D...