Bencilah dosa, bukan pendosa, dengan itu kita melihat semua orang baik belaka, kemudian mampu berbaik sangka, dan senang mendengar nasihat, walaupun dari sejahat-jahat manusia. Yakin semua itu dari Allah. \(^;^)/
Monday, July 26, 2010
Saturday, July 17, 2010
Tidurnya khutbah
sekitar Malaysia, tahun 2006-07.
“Rumah yang dulu bagaikan syurga, kini terasa seperti NERAKA. Isteri yang jelita dilihat seperti PUAKA.
Kucing yang dulu manja dilihat seperti… HARIMAU!!”
ucap semangat khatib semasa khutbah Jumaat minggu itu. Bicaranya tentang kemaslahatan memelihara rumahtangga.
Saya tersentak ketika mendengar patah analoginya yang terakhir.
Terasa seperti hendak berderai ketawa, sebelum itu masih dapat ditahan lagi. Bersabar mendengar madah analoginya yang bagi saya agak berlebihan.
Ingin ketawa tapi teringat pula kesannya ke atas fadhilat Jumaat semasa pembacaan khutbah..
Saya menundukkan kepala, menutup mulut sambil tersenyum. Melihat jemaah di hadapan duduk tertunduk seperti hilang kepala.
Tertoleh ke kiri saf lalu bertentang mata dengan jemaah jumaat yang lain.
Kami berpandangan diantara satu sama lain dengan muka tersenyum kemerahan.
MUDAHKAN?
Saya tiada panduan mudah khusus dalam memberi khutbah. Tidak biasa memberi khutbah, tetapi mengetahui yang memberi khutbah di mimbar Jumaat bukannya sesuatu yang leceh dan mudah.
Pernah diberitahu bahawa Rasullullah saw dan para sahabat, semasa memberi khutbah mukanya kemerahan bersemangat, suaranya mengetarkan hati yang ridndu kepada Allah, menghidupkan roh mukmin.
Teks boleh digunakan, cuma tidaklah terlalu kaku hingga tersasul menyebut patah perkataan yang sama berulang kali.
Pernah bersembang dengan Imam Masjid semasa kampung untuk menyiapkan tugasan analisa khutbah Pengajian Aqidah Islamiyah oleh Ustaz Radhi. Saya amati bait katanya semasa khutbah.
Selepas solat jumaat saya mengatur dialog bersama Imam. Beberapa persoalan diajukan, dan Imam menjawab,
“Kamu nak tahu apa pasal jadi khatib ni? Kalau kamu nak, kamu pun boleh jadi.” ujar Haji Mansur. Menurutnya sesiapa sahaja boleh jadi khatib, dan cara mudah adalah dengan memberi teks khutbah jawi.
“Kalau sudah boleh baca, kira boleh la jadi khatib. Mudahkan?”. katanya lagi. Mungkin berkias.
Saya tersenyum sahaja sambil menulis catatan sebelum mengambil gambar para jemaah yang ada sebagai bahan lampiran.
Saya membaca teks khutbah dalam tulisan jawi tu beberapa perenggan. Tiada analogi melampau, atau pelik. Ayatnya mudah dan bersih!
DEKAT DIHATI
ps: dikongsi beberapa khutbah dari Islamic Center Gainesville (ICG) untuk manfaat dan panduan bersama.
RAMADHAN IS A MONTH TO ACHIEVE TAQWA PART II and I (RECOMMENDED~), TAUHID, AND IMPORTANCE OF ARABIC LANGUAGE
http://www.fileswap.com/share/7e21b0c6e010c1af03e838612202c300/syeikhammarramadhanmonthtoachievetaqwaII.WAV.html
http://www.fileswap.com/share/f56dc2295b9301da2bb458e11a5583ac/syeikhAmmarramadhanmonthtoachiveTaqwa..WAV.html
http://www.fileswap.com/share/2c44de2859beff1e02bde3551afb9ab2/SyeikhAmmarTauhid..WAV.html
http://www.fileswap.com/share/a1f8f7a070d7138fd9c51516b65f182a/WaleedTamimiImportantofArabiclanguage..WAV.htm
********************************
Gainesville, FL (sekitar 2009-2010)
“Please pay very close attention. This is very important..” ujar Syeikh Ammar untuk ke-entah-berapa kalinya dalam khutbah. Itu adalah paten rasminya dalam memberi khutbah.
“We as a community, must work together to overcome this problem. Each one of us is responsible on every single event that occur in this Islamic Center.
Give a reminder, as the reminder will benefit the believer!” simpul Syekh Ammar, warganegara USA yang juga mempunyai kerakyatan Saudi.
Khutbahnya hidup dan jaga. Menyegarkan mereka yang mendengarkan. Sesekali diselitkan cerita pendek untuk menarik perhatian jemaah kembali. Pendek, tapi bermakna.
Syekh Ammar dan beberapa pengkhutbah di sini datangnya hanya membawa beberapa baris ayat dalam bentuk point, dan setiap point itu diakhir khutbah diberikan kesimpulan terus terkait dengan masalah yang melanda komuniti.
Khutbah kedua disimpulkan terus dengan hadith, cerita dan isi semasa khutbah pertama dengan permasalahan yang melanda komuniti, termasuklah tentang pentingnya memberitahu Islam kepada not yet Muslim.
Sejurus selepas itu, khutbah ditutup dengan doa penutup dengan penuh penghayatan.
Khutbah yang bertenaga dan releven mengejutkan mata yang layu. Perlu dirisaukan, fadhilat jumaat para jemaah yang dalam bahaya apabila tidurnya khutbah.
sampai kucing pun tertidur..dasyat~
Ya Allah, celikanlah mata dan hati kami, tetapkan kami pentunjukMu, selalu!
Ameen.
Wednesday, July 14, 2010
Walima pertunangan.
“Tahniah! Selamat pengantin baru~!” message saya kepada Kamila*.
Melihat kepada gambar pelamin, hantaran, dan persandingan, saya mengucap syukur Alhamdulillah kerana selamat seorang sahabat saya mendirikan rumah tangga.
Gambar-gambar lain di facebook saya selak. Meriah sungguh kenduri itu. Kelihatan khemah putih beberapa buah didirikan. Pasangan mempelai itu tersenyum bersanding dengan persalinan putih dan sejambak bunga ros merah ditangan mempelai perempuan.
Lima minit selepas saya memberi komen, empunya gambar membalas,
“Hehe.. maaf yang ni gambar PERTUNANGAN, belum kahwin lagi. Insyallah tahun depan kami kahwin”.
Menepuk dahi lalu beristigfar saya. Termasuk ini sudah 3 kali terkena!
*bukan nama sebenar
KELIRU
Mungkin kerana saya 2 tahun tidak berada di Malaysia sudah terputus hubungan dengan suasana adat istiadat majlis perkahwinan dan pertunangan.
Mungkin kerana saya ini yang lebih gemar kaedah perkahwinan tradisional sebelum zaman pop yeah-yeah dan pertunangan yang sangat simple dianggap ketinggalan zaman.
Tidak mengapa jika pandangan saya dibakulsampahkan, tetapi di mana pula mahu diletak sabda Nabi,
“Rahsiakan tentang hal pertunangan dan hebahkan hal perkahwinan”
Sejujurnya saya memang terkesan dengan penulisan Abu Saif berkenaan hal ini.
STATUS FACEBOOK
Sejurus selesai mendefense thesis, terus berurusan dengan keluarga untuk menguruskan hal perkahwinan secepat mungkin. Saya sudah bertunang sebelum melanjutkan pelajaran.
Kini kebanyakan orang sudah mempunyai akaun facebook. Perancangan dan jemputan mungkin kebanyakannya akan dibuat melalui situ. Lebih mudah kan? :)
Tempoh saya bukan lagi tempoh bertunang, tetapi tempoh pra perkahwinan. Persiapan segala mak nenek dilakukan. Keluarga sudah berbincang. Kini hanya mengira hari sahaja.
Sengaja saya letakkan status “engaged” sahaja tanpa link kepada sesiapa dalam tempoh pertunangan. Memadailah rakan mengetahui saya sudah bertunang.
Bukan sedikit saya dipersalahkan kerana tidak meletakkan status bertunang. Kesimpulannya, saya merasakan meletakkan status ‘engaged” itu lebih selamat.
TERUK
“Eee, teruknya dia, dah bertunang tetapi tak mengaku!” satu komen singgah.
“Dasar lelaki, kalau sudah bertunang, mesti nak rahsiakan!.” sokong satu komen lain yang singgah.
Terukkah jika lelaki menyembunyian status pertunangannya? Ya, jika perbuatannya yang menggatal tak tentu punca, dan membuaya ke tahap dewa. Adilkah jika semua lelaki digeneralisasikan seperti itu?
Ambil kira juga lelaki yang berbuat baik dengan semua orang termasuk wanita. Dia juga akan dipersalahkan kelak oleh wanita atas kebaikannya itu. Faham?
Yang mana lebih teruk, samada orang yang ingin menjaga kerahsiaan atau orang yang cuba menyungkil kerahsiaan peribadi?
Sudah dapat betis mahu peha pula. Setelah meletakkan status bertunang, bertalu-talu asakan persoalan dengan siapa pula ditanyakan.
“Nanti tiba masa saya war-warkan” jawab saya diplomasi. Itu sahaja.
NATIJAH
Persoalan ini kembali kepada diri sendiri. Jika anda sudah bertunang, dan atas sebab yang pelbagai, telah terlanjur membuat ‘kenduri kahwin’ semasa bertunang, janganlah war-warkan gambar dan videonya kepada seluruh dunia.
Jika anda sudah bertunang, tetapi masih lagi tidak tahu atau tidak pasti dengan yakin tarikh tetap akan melangsungkan pernikahan, janganlah link @ hebahkan siapa calon anda.
Percayalah, menuruti sunnah itu banyak manfaatnya! :D
Friday, July 09, 2010
Wednesday, July 07, 2010
Bergantung harap
" Kau bergantung haraplah pada Allah, pasti tak kecewa. Kalau mengharap hanya kepada manusia, pasti hampa" bisik kecil hati...

-
"May Allah bless u, keep in touch." itulah kata2 terakhir saya pada malam sebelum Adeel, sahabat serumah pulang semula...
-
Saya tidak dapat menahan diri dari berkongsi sesuatu dengan sahabat semua. Meskipun kebanyakan entry di blog-blog lain ditulis dengan baha...