Disini, pelajar Master @ phd perlu mengambil kelas juga, dan ada kredit tertentu perlu dipenuhi, sebagai contoh, satu semester perlu mempunyai kredit minimum 9 kredit termasuk komponen research. Lazimnya dalam satu semester 2 hingga 3 kelas diambil. Dalam 4-6 kelas yang saya ambil, secara tidak sengaja terkesan dengan beberapa orang rakan yang potensinya mencuri perhatian saya.
“How’s your semester going? You doing good?” tanya saya kepada Charles.
“Doing good, Busy with classes. This semester is crazy.” katanya kepada saya.
Aaah, memang crazy pun, terutama jika mengambil Plant Medicine. satu semester mau mencecah 12-15 unit.
Teringat Muas berkata kepada saya bertanya berapa kredit diambil, saya menjawab 9. Dia berkata,
“That’s good enough for graduate student, more than that is suicide” katanya serius, sebelum kami berjalan ke kafe.
Lebih serius. Lebih releven , lebih efektif, apa ubatnya?
Pening kepala saya memikirkan perkara ni (aku memang suka memeningkan kapla), dari semester pertama hingga la kini, pelbagai pe’el dan ragam rakan-rakan saya jumpa. Kebanyakkannya biasa-biasa sahaja, dan dalam biasa-biasa itu, ada beberapa rakan yang menarik minat saya. Maksud saya, dari segi perbincangan, persediaan ke kelas, keputusan peperiksaan, dan komunikasi mereka.
Kebetulan mungkin, mereka yang saya lihat berbeza potensinya, majorinya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Terkejut bila satu pagi saya melangkah ke dalam Fifield Hall, menaiki tangga ke aras 2 di lab, kedengaran suara kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun memanggil-manggil,
“Daddy, daddy”